Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Serbia bersedia rancakkan landskap teknologi inovatif melalui kerjasama dengan China
  • TEKNOLOGI

Serbia bersedia rancakkan landskap teknologi inovatif melalui kerjasama dengan China

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

BEIJING: Serbia merancang untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat dari wilayah Zhejiang, China bagi memajukan projek pengilangan pintar yang melibatkan pembuatan robot humanoid dan robot berkaki empat (quadruped).

Langkah itu diharapkan dapat membolehkan pengeluaran dimulakan dengan kadar segera sekali gus membantu Serbia menjadi negara Eropah pertama yang berjaya membangunkan industri robot humanoid.

Perkara itu didedahkan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic ketika diwawancara oleh wartawan program “Leaders Talk” dari Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Beliau memuji kecekapan China dalam melaksanakan projek berkenaan, selain menghargai sokongan besar negara tembok besar itu terhadap kerjasama industri terbabit di negaranya.

Menyentuh mengenai pembangunan domestik China, Vucic menyatakan beliau menyaksikan sendiri perkembangan pesat negara itu melalui siri lawatan yang dilakukan sebelum ini.

Beliau turut menzahirkan harapan kepada golongan muda bahawa pencapaian cemerlang China, khususnya kemudahan infrastruktur yang hebat, tidak datang dengan mudah.

“Produk buatan China semakin dominan dalam pasaran global berikutan sumbangan rakyatnya yang tekun bekerja. Semangat gigih itu patut terus disemarakkan dan diwarisi oleh golongan muda,” kata Vucic.

Wawancara eksklusif itu bukan sahaja memperlihatkan keakraban hubungan tradisional antara China dan Serbia, malah menggambarkan prospek kerjasama luas kedua-dua negara dalam aspek “Kuasa Produktif Kualiti Baharu” yang bakal menyuntik tenaga baharu kepada hubungan dua hala.

Dalam pada itu, Vucic yang menyifatkan lawatan ke China baru-baru ini sebagai detik paling penting dalam kerjaya politiknya, turut menzahirkan penghargaan atas penganugerahan Pingat Jasa Persahabatan oleh kerajaan China.

Menurut beliau, penghormatan itu merupakan satu tanggungjawab besar yang akan menggalakkan lagi usaha pembentukan komuniti berkongsi nasib antara Serbia-China, selain memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang.

“Sebagai negara Eropah pertama yang membentuk komuniti berkongsi nasib bersama China pada era baharu, Serbia amat teruja dengan kolaborasi dua hala yang produktif ini,” tambah beliau.

-Bernama

Continue Reading

Previous: Industri automotif perlu terus berinovasi, tingkat kemahiran tenaga kerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.