Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Nasi Dagang Mak Yah kekal RM2 sejak sedekad, terima permintaan luar negara
  • BISNES

Nasi Dagang Mak Yah kekal RM2 sejak sedekad, terima permintaan luar negara

Utusan Sarawak 5 hours ago
NASI Dagang Mak Yah Mersing di Pasar Awam Kampung Bahagia di sini mengekalkan harga RM2 sebungkus sejak lebih sedekad lepas. Foto Bernama

MERSING: Nasi Dagang Mak Yah Mersing di Pasar Awam Kampung Bahagia di sini mengekalkan harga RM2 sebungkus sejak lebih sedekad lepas tatkala ramai peniaga bergelut menampung kenaikan kos bahan mentah, sekali gus menjadikannya antara pilihan sarapan murah.

Rabiah Jais, 72, atau lebih dikenali sebagai Mak Yah berkata meskipun turut terkesan, namun beliau berusaha mengekalkan harga jualan bagi memastikan pelanggan mampu menikmati makanan tradisional tersebut.

“Kita mahu memastikan pelanggan terutama keluarga besar mampu membeli (pada harga berpatutan) lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa,” katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

NASI Dagang Mak Yah Mersing di Pasar Awam Kampung Bahagia di sini mengekalkan harga RM2 sebungkus sejak lebih sedekad lepas. Foto Bernama

Ibu kepada empat anak itu berkata hidangan bersaiz kecil yang dibungkus daun pisang bersama gulai serta isi ikan tongkol direbus berasingan itu membangkitkan lagi aroma dan menjadi tarikan pelanggan, bersesuaian dengan harga ditawarkan.

Rabiah yang berasal dari Muar sebelum mengikuti keluarganya berhijrah ke Mersing berkata perniagaan itu diwarisi daripada arwah ibunya, Zainon Awang mula berniaga sekitar 1960-an di pasar terminal bas lama daerah berkenaan, sebelum dia mula mengambil alih sepenuhnya pada tahun 1978.

Menurutnya, mereka melihat potensi di daerah bercirikan tradisi Pantai Timur yang bukan sahaja pada makanan, malah bahasa, suasana kampung dan juga gaya hidup.

Keistimewaan nasi dagang resipi warisan keluarga disesuaikan mengikut cita rasa tempatan tanpa mengubah identiti asal hidangan tersebut, katanya.

“Resipi kami ubah sedikit mengikut kesesuaian tahap kepedasan dan kemanisan masyarakat di sini serta kekal konsisten,” katanya yang mempunyai lima pekerja terdiri daripada dua tukang masak dan tiga pembantu.

Beliau berkata kira-kira 15 kilogram (kg) beras digunakan setiap hari bagi menghasilkan sekitar 500 bungkus nasi dagang, manakala jumlah itu boleh meningkat sehingga 40 kg pada hujung minggu berikutan permintaan yang lebih tinggi.

NASI Dagang Mak Yah Mersing di Pasar Awam Kampung Bahagia di sini mengekalkan harga RM2 sebungkus sejak lebih sedekad lepas. Foto Bernama

Pada musim perayaan pula katanya, permintaan tertinggi boleh mencecah 90 kg sehari hasil tempahan dan jualan terus kepada pelanggan.

“Penggunaan santan, daun pisang dan ikan tongkol segar membantu mengekalkan kualiti serta rasa hidangan ini, yang mampu bertahan sehingga malam pada suhu bilik,” katanya yang turut menerima tempahan pada harga RM3 hingga RM5 mengikut permintaan, lazimnya daripada pelbagai agensi kerajaan serta institusi diraja.

Menurutnya,  pendapatan bersih harian dianggarkan sekitar RM150 sehari selepas mengambil kira kos bahan mentah, tenaga kerja dan lain-lain, manakala pendapatan bulanan tertinggi pernah direkodkan  mencecah sekitar RM10,000 pada musim perayaan.

Rabiah merancang mengembangkan lagi perniagaan nasi dagang warisan keluarganya yang beroperasi pada 7.30 pagi hingga habis terjual itu dengan melatih anak-anaknya bagi memastikan kesinambungan perniagaan tersebut pada masa hadapan.

Dalam usaha memperluaskan pasaran, produk berkenaan kini boleh didapati di sekitar Iskandar Puteri menerusi jenama Nasi Dagang Anak Mak Yah melalui sembilan vendor.

“Selain jualan secara terus, kita juga menerima tempahan awal dan kaedah bayar waktu terima (COD), sekali gus memudahkan pelanggan mendapatkan produk berkenaan tanpa perlu berkunjung ke Mersing,” katanya.

Rabiah berkata produk keluarannya itu turut mendapat permintaan daripada rakyat Malaysia yang berhijrah ke Singapura dan Hong Kong membawa pulang negara mereka.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: JSP Wellness buka cawangan di Kuching, perluas perkhidmatan ke Sarawak, Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.