Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Konate berpisah dengan Liverpool setelah rundingan kontrak gagal
  • SUKAN

Konate berpisah dengan Liverpool setelah rundingan kontrak gagal

Utusan Sarawak 7 hours ago
IBRAHIMA Konate akan meninggalkan Liverpool secara percuma selepas kontraknya berakhir bulan ini.

LIVERPOOL: Pertahanan Perancis, Ibrahima Konate, akan meninggalkan Liverpool secara percuma selepas kontraknya berakhir bulan ini susulan kegagalan kedua-dua pihak mencapai persetuan mengenai kontrak baharu.

Liverpool mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan pada Ahad, sekali gus menamatkan khidmat pemain berusia 27 tahun itu selepas lima tahun bersama kelab berkenaan.

Konate menjadi pemain berprofil tinggi ketiga meninggalkan Anfield secara percuma musim ini selepas Mohamed Salah dan Andy Robertson.

“Liverpool mengesahkan Ibrahima Konate akan meninggalkan kelab sebaik kontraknya tamat pada musim panas ini.

“Konate meninggalkan kelab dengan penghargaan dan terima kasih atas sumbangannya. Semua warga kelab mendoakan kejayaan buatnya pada masa depan,” menurut kenyataan Liverpool.

Konate memainkan peranan penting membantu Liverpool muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/2025.

Sepanjang bersama The Reds, beliau turut memenangi dua trofi Piala Liga dan satu Piala FA.

Musim ini turut menyaksikan Konate berdepan detik sukar apabila bapanya meninggal dunia awal tahun ini, selain kehilangan rakan sepasukan, Diogo Jota, yang maut dalam kemalangan jalan raya.

“Mewakili kelab ini adalah satu penghormatan. Kami berkongsi detik-detik luar biasa bersama… saat suka dan duka, trofi, cabaran, persahabatan yang kekal seumur hidup serta detik menyayat hati yang akan sentiasa kekal dalam ingatan kami, dan tiada yang lebih menyakitkan daripada kehilangan saudara kami, Diogo.

“Kehilangan ayah saya tahun ini adalah antara tempoh paling sukar dalam hidup saya, namun walaupun berdepan kesukaran, komitmen saya terhadap kelab ini tidak pernah berubah. Pada saat paling mencabar, saya memberikan segala-galanya demi lencana ini,” katanya.

Konate yang dilahirkan di Paris kini dikaitkan dengan perpindahan ke juara Eropah, Paris Saint-Germain (PSG).

Pemergian beliau dijangka memaksa Liverpool mencari tambahan pemain pertahanan pada jendela perpindahan akan datang meskipun Jeremy Jacquet bakal menyertai kelab itu musim depan menerusi perpindahan bernilai £60 juta (AS$81 juta) dari Rennes. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Ribuan penyokong Arsenal rai gelaran EPL setelah kecewa final UCL
Next: Seorang maut, 780 ditahan di seluruh Perancis ketika rusuhan cemari malam kemenangan PSG

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.