Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Perkhidmatan Aerotrain KLIA kembali beroperasi 24 jam mulai 1 Jun – Loke
  • NASIONAL

Perkhidmatan Aerotrain KLIA kembali beroperasi 24 jam mulai 1 Jun – Loke

Utusan Sarawak 15 hours ago
PERKHIDMATAN Aerotrain KLIA kembali beroperasi 24 jam mulai 1 Jun. Foto Bernama.

PUTRAJAYA: Perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan kembali beroperasi 24 jam sehari bermula tengah malam 1 Jun susulan siapnya Pelan Tindakan Komprehensif (CAP), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata, pelan berkenaan yang dilaksanakan sejak November 2025 melibatkan koordinasi bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan telah disahkan oleh penilai kereta api bebas.

“CAP merangkumi tiga peringkat berstruktur, iaitu kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan, ujian serta pengesahan sistem dan operasi percubaan.

“Ujian ketahanan dijalankan selama tempoh 24 jam dan 48 jam dalam keadaan berpenumpang dan tanpa penumpang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loke berkata, Aerotrain telah merekodkan tahap Ketersediaan Perkhidmatan Operasi 100 peratus sejak Januari 2026.

Beliau berkata waktu untuk kerja-kerja kejuruteraan harian dari 12.00 tengah malam hingga 5.00 pagi akan terus dikekalkan, dengan sebuah tren kekal beroperasi untuk perkhidmatan penumpang sementara kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin dijalankan.

“Kementerian Pengangkutan melalui APAD akan terus melaksanakan pengawasan kawal selia terhadap operasi Aerotrain, manakala Malaysia Airports kekal bertanggungjawab untuk mengekalkan standard perkhidmatan yang ditetapkan di bawah pelan ini,” katanya. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Tourism Malaysia rai ketibaan pelawat sempena Kaamatan, Gawai
Next: Kementerian komunikasi rancang wajibkan pengesahan identiti pengiklan media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.