Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lubok Antu anjur program korban, kukuh ukhuwah warga PDRM sempena Aidiladha
  • Selatan
  • WILAYAH

IPD Lubok Antu anjur program korban, kukuh ukhuwah warga PDRM sempena Aidiladha

Utusan Sarawak 16 hours ago
PROGRAM ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat IPD Lubok Antu dekat sini semalam. Foto: IPD Lubok Antu.

LUBOK ANTU: Program ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu berlangsung meriah dengan penglibatan pegawai, anggota dan kakitangan polis di Surau Al-Nazarene, IPD Lubok Antu semalam.

Program anjuran Persatuan Kebajikan Pegawai dan Kakitangan Muslim IPD Lubok Antu itu menjadi platform memperkukuh hubungan silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan warga polis dan keluarga mereka.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin, dan turut dihadiri Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam Polis serta ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) beragama Islam.

PROGRAM ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha peringkat IPD Lubok Antu dekat sini semalam. Foto: IPD Lubok Antu.

Seramai 42 peserta menghadiri program tersebut yang dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan perasmian sebelum diteruskan dengan simbolik penyerahan daging korban kepada wakil penerima.

Turut diadakan, jamuan ringan yang memberi peluang kepada para peserta untuk beramah mesra dalam suasana penuh harmoni dan kekeluargaan.

Program berkenaan bertujuan menghayati makna sebenar pengorbanan yang menjadi teras sambutan Aidiladha di samping memperkukuhkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga pasukan.

Selain itu, penganjuran program berkenaan juga dilihat mampu memupuk semangat ukhuwah, kerjasama dan perpaduan yang menjadi asas penting dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

Sepanjang program berlangsung, aktiviti penyembelihan, melapah dan pengagihan daging korban dilaksanakan secara teratur hasil kerjasama erat antara pegawai, anggota, kakitangan awam dan ahli PERKEP yang terlibat.

Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua pihak membuktikan semangat gotong-royong masih utuh diamalkan dalam kalangan warga polis, sejajar dengan nilai kebersamaan yang diterapkan menerusi ibadah korban.

Program tersebut bukan sahaja berjaya mencapai objektifnya dalam menyemarakkan sambutan Aidiladha, malah menjadi medan mengukuhkan hubungan sesama warga IPD Lubok Antu serta mempertingkatkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam organisasi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Ibadah korban perkukuh silaturahim, semarak semangat gotong-royong di Saribas
Next: Seorang lelaki masih hilang bot karam di Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.