Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump dakwa lulus lagi ujian kognitif, tunjuk keputusan ‘sangat cemerlang’
  • GLOBAL

Trump dakwa lulus lagi ujian kognitif, tunjuk keputusan ‘sangat cemerlang’

Utusan Sarawak 3 hours ago
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan hari ini bahawa beliau telah menjalani peperiksaan kognitif tanpa sebarang kesilapan buat kali keempat dan mencatatkan ‘keputusan yang sangat cemerlang’.

“Keputusan Pemeriksaan Fizikal saya yang dijalankan di Pusat Perubatan Tentera Walter Reed dan baru sahaja dikeluarkan, adalah sangat baik.

“Tidak seperti Presiden AS yang lain, yang mana tiada seorang pun daripada mereka pernah menduduki Ujian Kognitif tahap kesukaran tinggi yang diluluskan, saya memperoleh markah sempurna 30 daripada 30, yang dianggap sebagai ‘kecerdasan luar biasa.’ Adakah Demokrat benar-benar terkejut? Malah, ini adalah ujian keempat saya yang seumpamanya, semuanya SEMPURNA atau 120 jawapan betul daripada 120 soalan yang ditanya!” tulis Trump di platform Truth Social.

Beliau seterusnya menggesa agar ujian kognitif peringkat lanjutan diwajibkan bagi semua calon presiden dan naib presiden AS, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Trump sebelum ini sering kali terpaksa menafikan khabar angin mengenai tahap kesihatannya. Pemimpin Amerika itu menegaskan beliau mempunyai kecergasan fizikal dan mental yang luar biasa, serta mendakwa beliau bekerja lebih keras dan lebih lama berbanding mana-mana presiden dalam sejarah AS.

-Bernama  

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lima terkorban selepas lombong haram runtuh di Yunan, China
Next: Empat maut dalam insiden bangunan runtuh di New Delhi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.