Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan biar warisan masyarakat Dayak terhakis arus kemodenan
  • TEMPATAN

Jangan biar warisan masyarakat Dayak terhakis arus kemodenan

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata masyarakat Dayak perlu bergerak seiring dengan perubahan zaman sambil memastikan akar budaya kekal utuh bagi memastikan mereka tidak ketinggalan. Foto Facebook Aaron Ago Dagang

SIBU: Masyarakat Dayak di Sarawak diingatkan agar tidak membiarkan adat, budaya dan warisan nenek moyang sejak turun-temurun semakin terhakis dalam mengharungi arus kemodenan serta perkembangan teknologi yang semakin pesat pada masa kini.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata masyarakat Dayak perlu bergerak seiring dengan perubahan zaman sambil memastikan akar budaya kekal utuh bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

“Tradisi yang diwarisi bukan sekadar tinggalan sejarah tetapi merupakan identiti yang membentuk jati diri sesuatu bangsa.

“Generasi muda perlu terus didedahkan dengan bahasa, adat resam, kesenian dan nilai budaya agar warisan yang diwariskan oleh leluhur terus hidup dan berkembang,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Aaron berkata kemajuan teknologi, pendidikan dan ekonomi harus dimanfaatkan untuk mendokumentasikan, mempromosi dan memartabatkan warisan budaya kepada generasi akan datang. 

Ahli Parlimen Kanowit itu berkata sambutan Hari Gawai Dayak merupakan perayaan yang penuh makna, iaitu sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian, rezeki yang dikurniakan serta nikmat keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati bersama-sama.

“Sebagai seorang anak Iban yang membesar di rumah panjang, sambutan Gawai sentiasa membawa kenangan cukup istimewa dalam hidup saya.

“Saya masih mengingati suasana gotong-royong menyediakan juadah, gelak tawa saudara-mara yang pulang ke rumah panjang serta semangat kekeluargaan yang menyatukan seluruh komuniti.

“Nilai hormat kepada orang tua, semangat berkongsi rezeki dan amalan saling membantu yang saya pelajari sejak kecil terus menjadi pegangan dalam kehidupan hingga hari ini,” katanya.

Aaron berkata keunikan budaya, bahasa dan adat pelbagai etnik di negara ini merupakan khazanah tidak ternilai dengan kepelbagaian itu menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan warisan dan keindahan budaya.

Beliau berkata setiap perayaan yang diraikan termasuk Hari Gawai Dayak membuka ruang untuk rakyat saling mengenali, memahami dan menghormati antara satu sama lain yang menjadi asas membolehkan Malaysia terus maju sebagai negara bangsa yang bersatu, stabil dan dihormati di persada dunia.

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Terpedaya janji untung segera, lelaki lesap RM511,406 di Miri
Next: Tun Wan Junaidi gesa masyarakat Dayak perkukuh pendidikan STEM, TVET sempena Gawai 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.