Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ratusan kenderaan sesak di sempadan Mengkalab, Merapok menjelang Gawai
  • Utara
  • WILAYAH

Ratusan kenderaan sesak di sempadan Mengkalab, Merapok menjelang Gawai

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAMAN perkongsian seorang pemandu dalam kumpulan wasap penduduk Limbang/Lawas yang menyaksikan deretan panjang kenderaan memasuki daerah Lawas melalui Pos Sempadan Labu, Brunei ke Pos Sempadan Mengkalab di Lawas.  

LAWAS: Ratusan kenderaan dilaporkan mengalami kesesakan di pintu sempadan Mengkalab dan Merapok menjelang sambutan Hari Gawai Dayak serta cuti sekolah yang panjang.

Laluan darat dari Miri ke Lawas melalui Brunei yang kebiasaannya mengambil masa sekitar tiga jam kini dilaporkan memakan masa hampir enam jam akibat peningkatan jumlah kenderaan yang melintasi sempadan.

Seorang pengguna jalan raya dari Miri yang hanya mahu dikenali sebagai Hajji Mohamad berkata beliau bersama keluarga bertolak dari Miri pada 1.00 petang semalam dan tiba di Lawas sekitar 5.00 petang sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang, Sabah.

Menurutnya, mereka hanya tiba di destinasi pada 11.00 malam.

“Banyak masa dihabiskan di pos sempadan Brunei di Sungai Tujuh, diikuti sempadan Mengkalab di Trusan dan sempadan Merapok menuju ke Sabah.

“Kami telah menempah penginapan lebih awal di Kundasang untuk membawa anak-anak bercuti, namun terpaksa menempuh perjalanan yang panjang dan meletihkan,” katanya ketika ditemui di Lawas malam tadi.

Sementara itu, tular rakaman video yang dikongsi seorang pengguna jalan raya menunjukkan deretan kenderaan memasuki Lawas dengan panjang dianggarkan melebihi satu kilometer.

Berikutan itu, penduduk di utara Sarawak berharap kerajaan Malaysia dan Brunei dapat mencari penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu kesesakan yang telah berlarutan sekian lama.

“Kami bukan tinggal atau bermalam di Brunei, sebaliknya hanya melalui negara itu untuk meneruskan perjalanan. Oleh itu, wajar diwujudkan kaunter atau laluan khas untuk pengguna yang transit melalui Brunei,” kata seorang penduduk tempatan, Mustapha Ismail.

Pada masa ini, laluan melalui Brunei masih menjadi satu-satunya laluan darat utama yang menghubungkan penduduk utara Sarawak dengan Miri, Limbang, Lawas dan Sabah.

Sementara itu, pembinaan Projek Jalan Raya Sabah-Sarawak (SSLR) masih dalam pelaksanaan dan dijangka mengambil masa sebelum dapat berfungsi sebagai laluan alternatif yang menghubungkan Miri, Limbang, Lawas dan Sabah.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Rangkaian jalan raya, Jambatan Batang Lupar 2 bakal ‘hidupkan’ Sri Aman
Next: Lelaki parah, wanita cedera dalam kemalangan kendiri berhampiran SMK Sematan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.