Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arne Slot dipecat sebagai ketua jurulatih Liverpool
  • SUKAN

Arne Slot dipecat sebagai ketua jurulatih Liverpool

Utusan Sarawak 5 hours ago
LIVERPOOL memecat ketua jurulatih, Arne Slot, hari ini selepas gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan memuaskan. Foto AFP

LONDON: Liverpool memecat ketua jurulatih, Arne Slot, hari ini selepas gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan memuaskan.

Kelab yang menamatkan musim di tangga kelima liga itu berkata jurulatih dari Belanda yang telah berkhidmat selama dua musim di Anfield itu akan meninggalkan jawatannya serta-merta.

Penyokong Liverpool mula hilang kepercayaan terhadap Slot susulan beberapa persembahan hambar pasukan, selain wujud ketidakharmonian dalam bilik persalinan, dengan Mohamed Salah antara pemain yang paling lantang menyuarakan pandangan.

“Liverpool FC mengesahkan bahawa Arne Slot akan meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta dan proses pelantikan penggantinya sedang dijalankan,” menurut kenyataan kelab itu.

Liverpool turut menjelaskan bahawa pihak pengurusan merasakan kelab itu memerlukan perubahan hala tuju.

“Ini tidak mengurangkan sumbangan Arne sepanjang berada di sini atau rasa hormat kami terhadapnya.

“Ia juga bukan mencerminkan kemampuan beliau sebagai jurulatih. Sebaliknya, ia menunjukkan keperluan untuk pendekatan yang berbeza.

“Arne meninggalkan kelab ini dengan penghargaan kami, dengan satu gelaran Liga Perdana Inggeris atas namanya, dan beliau serta keluarganya sentiasa dialu-alukan untuk kembali ke Anfield,” menurut kenyataan itu lagi.

-AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Ee Wei jalani imbasan pengimejan resonans magnetik Isnin ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.