Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Anak muda asal Sebauh cekal bina nama dalam dunia fotografi
  • INSPIRASI

Anak muda asal Sebauh cekal bina nama dalam dunia fotografi

Utusan Sarawak 7 hours ago
 JEMAT Marin, 26, ketika menjalankan sesi fotografi di studio miliknya, J.havit Studio. 

SEBAUH: Minat yang bermula sejak tamat Tingkatan Lima pada 2017 menjadi titik tolak kepada anak muda dari Sebauh, Jemat Marin, 26, untuk menceburi bidang fotografi secara serius sehingga berjaya menubuhkan studio sendiri, J.havit Studio.

Menurut Jemat, minatnya terhadap dunia fotografi berkembang secara perlahan sebelum beliau mengambil keputusan membeli kamera pertamanya pada 2021. 

Setahun kemudian, beliau mula aktif menerima tugasan fotografi dan membina portfolio sendiri.

 JEMAT Marin, 26, ketika menjalankan sesi fotografi di studio miliknya, J.havit Studio. 

“Selepas habis sekolah, saya memang minat fotografi, tetapi ketika itu belum ada peluang untuk memiliki peralatan sendiri. 

“Pada 2021, saya berjaya membeli kamera dan mula aktif mengambil gambar sekitar 2022,” katanya.

Beliau berkata, cabaran terbesar ketika memulakan kerjaya sebagai jurufoto ialah mengumpul modal kerana kos peralatan fotografi yang agak tinggi selain perlu memperkenalkan perkhidmatannya kepada orang ramai.

 JEMAT Marin, 26, ketika menjalankan sesi fotografi di studio miliknya, J.havit Studio. 

“Saya banyak membuat promosi melalui rakan-rakan dan pada masa sama perlu belajar bergaul dengan ramai orang untuk mengembangkan rangkaian pelanggan,” ujarnya.

Tambah beliau, setiap pelanggan mempunyai kehendak dan ragam yang berbeza. 

Antara pengalaman yang sering dihadapi adalah pelanggan yang membatalkan tempahan pada saat akhir walaupun sudah membuat bayaran deposit.

Malah, katanya, ada kalanya beliau perlu menempuh perjalanan jauh untuk memenuhi tugasan sehingga terpaksa meminjam kenderaan rakan bagi memastikan kerja dapat disiapkan dengan baik.

Di sebalik cabaran tersebut, Jemat mengakui penghargaan daripada pelanggan menjadi antara detik paling bermakna sepanjang penglibatannya dalam bidang itu.

“Apabila kita memberikan perkhidmatan yang terbaik dan pelanggan menghargainya, kadang-kadang mereka membayar lebih daripada yang dipersetujui. 

“Situasi seperti itu membuatkan saya rasa usaha yang dilakukan benar-benar dihargai,” katanya.

Menyentuh mengenai perancangan masa depan, Jemat menyimpan impian untuk membuka studio fotografi yang lebih besar dan dikenali ramai suatu hari nanti.

Beliau juga berharap perjalanan yang dilaluinya dapat menjadi inspirasi kepada golongan belia agar tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita.

“Saya belajar sendiri dan banyak menimba ilmu daripada rakan-rakan yang sudi berkongsi pengalaman. 

“Kepada mereka yang berminat dalam bidang fotografi, tidak semestinya perlu terus membeli peralatan mahal.

“Mulakan dengan kamera terpakai dan ambil tugasan yang mudah seperti fotografi individu atau majlis graduasi untuk menambah pengalaman sebelum berkembang ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.

Menurut Jemat lagi, nama J.Havit Studio dipilih bukan semata-mata sebagai nama perniagaan, sebaliknya sebagai peringatan dan kenangan terhadap warisan masyarakat Orang Ulu yang dekat dengan dirinya. 

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Zance Printing Company perkenal perkhidmatan cetakan baju, tawar pelbagai teknik percetakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.