SARIKEI: Sebanyak 33 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) N41 Kuala Rajang bagi zon Sarikei menerima cek Peruntukan Khas Perdana Menteri (PM).
Cek Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi DUN N41 Kuala Rajang bagi zon Sarikei berjumlah keseluruhan sebanyak RM113,000.
Hadir untuk menyampaikan cek tersebut ialah Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N41 Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh di Dewan Sri Nyelong, Khamis lalu.
Pada Rabu, sumbangan cek Peruntukan Khas PM turut disampaikan oleh Datu Len kepada 14 persatuan dan NGO di DUN N41 Kuala Rajang bagi zon Tanjung Manis.
Jumlah keseluruhan cek Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi seluruh kawasan DUN N41 Kuala Rajang ialah berjumlah lebih kurang RM200,000.
Dimajlis yang sama, Datu Len turut menyerahkan sumbangan pengimbas suhu dan kod QR kepada rumah panjang di DUN N41 Kuala Rajang bagi zon Sarikei.
Hadir untuk mewakili setiap rumah panjang tersebut ialah Penghulu Bidai Gisang.
Pengimbas suhu dan kod QR yang disediakan di setiap rumah panjang ini adalah untuk inisiatif bagi mengekang penularan Covid-19.
Setiap pengunjung yang pergi ke rumah panjang di kawasan DUN N41 Kuala Rajang perlu menjalani saringan suhu badan sebelum memasuki rumah panjang.
Bersempena dengan Tahun Baru Cina, Len Talif turut menyerahkan sumbangan cenderamata kepada penduduk di kawasan Plong di Sare dan Parit Bugis.
Oleh EARL ANEK