Inisiatif haji lestari kitar semula ribuan tan sisa makanan sepanjang musim haji

Facebook
WhatsApp
ZULKIFLI Hasan beramah mesra dengan jemaah haji. Foto fail.

JEDDAH: Inisiatif “Haji Lestari” menyumbang kepada penukaran ribuan tan lebihan makanan sepanjang musim haji kepada bahan penyubur tanah dan baja organik dalam model ekonomi kitaran hasil kerjasama antara Suruhanjaya Diraja bagi Bandaraya Makkah dan Tempat Suci dengan Pusat Pengurusan Sisa Negara (MWAN).

Inisiatif itu menggunakan peranti khas untuk mengitar semula lebihan makanan, sekali gus membantu mengurangkan pembaziran makanan dan pelepasan emisi di kawasan tanah suci, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Projek berkenaan juga menggalakkan amalan kelestarian dan ekonomi kitaran di Makkah serta kawasan tanah suci sejajar dengan matlamat Visi Arab Saudi 2030, Inisiatif Hijau Arab Saudi dan program perkhidmatan jemaah haji.- Bernama-SPA