Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Aidiladha perkukuh ikatan persaudaraan, semangat keikhasan rakyat Malaysia di Jakarta 
  • SEMASA

Aidiladha perkukuh ikatan persaudaraan, semangat keikhasan rakyat Malaysia di Jakarta 

Utusan Sarawak 6 hours ago
RAKYAT Malaysia di Jakarta meraikan Aidiladha di Kedutaan Besar Malaysia dalam suasana penuh meriah walaupun sederhana. Foto: Bernama

JAKARTA: Rakyat Malaysia di Jakarta meraikan Aidiladha di Kedutaan Besar Malaysia dalam suasana penuh meriah walaupun sederhana, sekali gus mengubat kerinduan terhadap keluarga dan kampung halaman.

Lebih 250 rakyat Malaysia di perantauan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kedutaan bersama keluarga, pelajar, serta komuniti Malaysia yang menetap di sini berkumpul sejak 7.00 pagi bagi menunaikan solat sunat Aidiladha dan seterusnya melaksanakan ibadah korban secara gotong-royong.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Farzamie Sarkawi berkata sambutan Aidiladha tahun ini diadakan secara sederhana dengan penekanan kepada ibadah korban dan semangat keikhlasan.

Sambutan diadakan seiring dengan tema yang diketengahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), iaitu “Pengorbanan Dengan Keikhlasan”.

“Sebanyak empat ekor lembu dan 16 kambing dikorbankan tahun ini dengan penyertaan 27 rakyat Malaysia terdiri daripada komuniti Malaysia di Indonesia serta kakitangan Kedutaan Besar Malaysia sendiri.

“Daging korban akan diagihkan kepada peserta korban dan sekiranya ada lebihan, ia akan disalurkan kepada rumah anak yatim serta golongan asnaf di sekitar Jakarta,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata program itu turut menjadi ruang untuk Kedutaan Besar Malaysia mendekati rakyat Malaysia di Indonesia, khususnya mereka yang bekerja dan belajar di sekitar Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Duta Turkiye sifatkan empat tahun di Malaysia satu pengalaman bermakna
Next: Melontar Jamrah didik jemaah tundukkan ego, utamakan kepentingan orang lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.