Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kanak-kanak perempuan enam tahun lemas ketika mandi di kolam renang di Bintangor
  • KEMALANGAN

Kanak-kanak perempuan enam tahun lemas ketika mandi di kolam renang di Bintangor

Utusan Sarawak 7 hours ago
DSP Tansli Mering. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun enam bulan ditemukan lemas ketika mandi di salah sebuah kolam renang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira 7.03 malam.

Katanya, mangsa dikatakan mandi bersama ahli keluarganya yang terdiri daripada kira-kira sembilan hingga 13 orang di kolam renang tersebut sebelum kejadian berlaku.

“Semasa mereka mandi, ahli keluarga tidak menyedari mangsa tenggelam dan lemas.

“Ahli keluarga menyedari apabila salah seorang anak buah mencari mangsa dan ahli keluarga yang lain terus mencari mangsa dan menjumpai mangsa tenggelam dalam kolam,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian dibawa naik dan diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sementara menunggu ketibaan ambulans dari Sarikei, namun begitu mangsa tidak dapat diselamatkan.

“Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR) dan jenazah telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk dibedah siasat.

“Pihak polis memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini yang masih dalam siasatan pihak polis,” tegasnya.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tiga pekerja platform minyak maut, seorang cedera parah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.