Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lubok Antu, PERKEP santuni pesara polis dan balu menjelang Gawai
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Lubok Antu, PERKEP santuni pesara polis dan balu menjelang Gawai

Utusan Sarawak 4 hours ago
IPD Lubok Antu bersama PERKEP Daerah Lubok Antu memberikan sumbangan kepada golongan pesara dan bekas polis sempena perayaan Gawai Dayak. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Lubok Antu telah menganjurkan satu program kebajikan bagi menyantuni golongan pesara polis, dan balu pesara di sekitar kawasan berkenaan, semalam.

​Program murni tersebut diketuai oleh Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin bersama Pengerusi PERKEP Daerah Lubok Antu, Christina Tajak, dengan penglibatan aktif barisan pegawai, anggota, serta ahli persatuan.

​Kehadiran rombongan tersebut bertujuan untuk menziarahi secara dekat dua orang pesara polis, seorang bekas polis, dan seorang balu pesara polis yang menetap di sekitar kawasan Lubok Antu dan Engkilili.

​Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin berkata, program seumpama ini amat penting bagi memastikan golongan yang pernah berjasa kepada pasukan dan negara ini tidak dilupakan begitu sahaja, terutamanya ketika menjelang musim perayaan.

IPD Lubok Antu dan PERKEP Daerah Lubok Antu memberikan sumbangan makanan kepada balu pesara semasa sempena perayaan Gawai Dayak. Foto: IPD Lubok Antu

​Sempena program tersebut, beliau turut menyampaikan bakul makanan sumbangan daripada Jawatankuasa Induk Pra-Gawai Dayak Daerah Lubok Antu 2026 kepada kesemua penerima yang diziarahi.

​Sumbangan berkenaan merupakan simbolik tanda penghargaan yang tidak terhingga atas segala jasa, keringat, dan pengorbanan yang telah mereka curahkan sepanjang berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

​Selain menghulurkan bantuan material, program ini juga menjadi platform terbaik buat pihak IPD Lubok Antu untuk mendengar, berinteraksi, dan mengenal pasti keperluan kebajikan semasa golongan berkenaan yang boleh dibantu pada masa hadapan.

​Dalam pada itu, para pesara, bekas polis, balu, serta ahli keluarga mereka menzahirkan rasa terharu dan ucapan terima kasih atas keprihatinan tinggi serta sumbangan berterusan yang diberikan oleh pihak PDRM dan PERKEP Daerah Lubok Antu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 76 individu, 72 kenderaan diperiksa polis di Bintangor
Next: JKM Sarawak salur bantuan Sejambak Kasih lebih 20 tahun bantu golongan memerlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.