
MARUDI: Sejumlah RM53,500 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diagihkan kepada tujuh organisasi di daerah ini daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala.
Antara penerima peruntukan MRP tersebut ialah Surau Nur Ihsan Kampung Pemindahan Marudi (RM5,000), Urusetia Saudara Kita Daerah Marudi (RM3,500), Sarakup Indu Dayak Sarawak Pampang Marudi (RM8,000) dan Unit Saberkas Pekan Marudi (RM3,000).
Pertubuhan lain yang turut menerima ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Engkabang Bukit (RM7,000) serta Jawatankuasa Pembangunan Poyut Lubok Nibong (RM20,000).
Penyerahan cek MRP tersebut disempurnakan semasa beliau menghadiri Program Pra Gawai di Dewan Suarah Marudi, petang semalam.
Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata peruntukan MRP yang disalurkan itu diharap dapat membantu jawatankuasa pertubuhan terbabit melaksanakan aktiviti masing-masing serta digunakan dengan sebaiknya.
Oleh Jiku Juguong