Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ​RISDA komited bantu 25,000 pekebun kecil Sarawak tingkat taraf hidup
  • Selatan
  • WILAYAH

​RISDA komited bantu 25,000 pekebun kecil Sarawak tingkat taraf hidup

Utusan Sarawak 3 hours ago
MANNDZRI Nasib merasmikan Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) Peringkat RISDA Negeri Sarawak 2026 yang berlangsung di Rumah Panjang Budit, Nanga Beretik, Lubok Antu, hari ini. Foto: BKK RISDA

​LUBOK ANTU: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menegaskan komitmen berterusan untuk membantu lebih 25,000 pekebun kecil di seluruh Sarawak menerusi pelbagai program pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup.

​Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, agensi tersebut kini bukan sahaja memberi fokus kepada tanaman getah, malah turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan bimbingan yang inklusif kepada masyarakat desa.

MANNDZRI Nasib merasmikan Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) Peringkat RISDA Negeri Sarawak 2026 yang berlangsung di Rumah Panjang Budit, Nanga Beretik, Lubok Antu, hari ini. Foto: BKK RISDA

​”Walaupun seseorang itu hanya memiliki satu ekar kebun getah, mereka tetap layak menikmati pelbagai manfaat sebagai pekebun kecil berdaftar RISDA,” jelas beliau.

​Menurut Manndzri, antara manfaat utama yang ditawarkan termasuklah peluang menyertai program keusahawanan RISDA serta peluang pendidikan untuk anak-anak pekebun kecil melalui institusi pengajian tinggi milik agensi itu, iaitu Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) Peringkat RISDA Negeri Sarawak 2026 yang berlangsung di Rumah Panjang Budit, Nanga Beretik, Lubok Antu, hari ini.

MANNDZRI Nasib merasmikan Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) Peringkat RISDA Negeri Sarawak 2026 yang berlangsung di Rumah Panjang Budit, Nanga Beretik, Lubok Antu, hari ini. Foto: BKK RISDA

​Majlis perasmian program tersebut turut diserikan dengan gimik ketukan gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik pelancaran. 

​Dalam pada itu, Manndzri turut memanjatkan rasa syukur kerana berpeluang hadir ke Lubok Antu dan menyifatkan kunjungan ini amat bermakna buat dirinya.

​Beliau menzahirkan penghargaan kerana menjadi antara Pengerusi RISDA yang pertama menjejakkan kaki ke kawasan pedalaman tersebut demi mendekati dan mendengar sendiri aspirasi masyarakat pekebun kecil secara bersemuka.

​Sebagai tanda keprihatinan RISDA terhadap kebajikan masyarakat setempat, majlis turut diselitkan dengan penyampaian bantuan bakul makanan kepada wakil-wakil rumah panjang di sekitar kawasan Lubok Antu.

​Penganjuran program berskala besar seperti PKPK ini memperlihatkan kesungguhan berterusan RISDA dalam memperkasa komuniti pekebun kecil, sekali gus memastikan agenda pembangunan luar bandar sentiasa diberi perhatian utama demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Turut hadir memeriahkan majlis, Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi; Pengarah RISDA Negeri Sarawak, Shaharuddin Saberi dan Pegawai Daerah Lubok Antu, Akoi Ejau.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lelaki positif dadah ditahan bersama syabu di Kampung Menalang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.