Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 876 penduduk rumah panjang DUN Kabong terima bakul makanan sempena Gawai
  • Tengah
  • WILAYAH

876 penduduk rumah panjang DUN Kabong terima bakul makanan sempena Gawai

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir semasa turun padang menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena Gawai Dayak kepada penduduk di sekitar rumah panjang DUN Kabong hari ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Seramai 876 penerima daripada 24 buah rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menerima bakul makanan sempena sambutan Hari Gawai Dayak tahun ini menerusi program kebajikan yang dianjurkan bagi membantu golongan memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, penerima terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal yang dikenal pasti memerlukan perhatian serta bantuan.

Beliau berkata, program berkenaan bertujuan menyantuni golongan sasaran selain membantu meringankan beban mereka membuat persiapan awal bagi menyambut Hari Gawai Dayak.

Menurutnya, sebanyak 876 bakul makanan tersebut telah diagihkan kepada penerima melibatkan kawasan rumah-rumah panjang di DUN Kabong menerusi beberapa lokasi penyerahan utama.

Bagi melancarkan proses agihan, majlis simbolik penyerahan diadakan di Rumah Nyandang Empaling melibatkan penerima dari Rumah Nyandang, Rumah Chaong, Rumah Sulau, Rumah Maya, Rumah Lipa, Rumah Kaya, Rumah Belayong, Rumah Entengan dan Rumah Unchu.

Majlis simbolik turut diadakan di Rumah Bir Rangga yang melibatkan penerima dari Rumah Bir, Rumah Bandang, Rumah Engkasan, Rumah Kuchon dan Rumah Rawing.

Sementara itu, di Rumah Graman Busum, penerima terdiri daripada penduduk Rumah Graman, Rumah Manggie, Rumah Lunduk, Rumah Julai, Rumah Jemeni dan Rumah Jalie.

Di Rumah Chuat Bugey pula, penerima melibatkan penduduk dari Rumah Chuat, Rumah Bujang, Rumah Ek dan Rumah Bettie.

Bagi rumah panjang yang tidak menyertai majlis simbolik berkenaan, Ketua Biro Wanita rumah panjang masing-masing dikehendaki mengambil bakul makanan di Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong untuk diagihkan kepada penerima.

DATO Mohd Chee Kadir semasa turun padang menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena Gawai Dayak kepada penduduk di sekitar rumah panjang DUN Kabong hari ini. Foto ADUN Kabong

Program berkenaan merupakan anjuran Biro Wanita Rumah Panjang Kawasan DUN Kabong, Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Kabong dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong.

Chee Kadir berkata, program seumpama itu akan terus dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan komitmen dalam membantu rakyat di kawasan DUN Kabong tanpa mengira latar belakang.

Beliau turut berharap agar sumbangan yang diberikan dapat menceriakan sambutan Hari Gawai Dayak tahun ini selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Katanya, usaha membantu masyarakat luar bandar khususnya golongan yang memerlukan akan terus menjadi antara agenda utama bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian.

Rata-rata penerima menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan yang sentiasa diberikan kepada masyarakat luar bandar khususnya golongan memerlukan menjelang sambutan perayaan itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Kampung Siapsiaga APM Lubok Antu perkasa kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana
Next: Sambutan Hari Keputeraan Agong Peringkat Sarawak di Betong 11 hingga 14 Jun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.