Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Premis hiburan langgar waktu operasi, tiga termasuk dua warga asing dicekup
  • JENAYAH

Premis hiburan langgar waktu operasi, tiga termasuk dua warga asing dicekup

Utusan Sarawak 6 hours ago
POLIS menjalankan serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Tabuan awal pagi Sabtu lepas.

KUCHING: Polis menahan tiga individu dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tabuan di sini kerana dipercayai beroperasi melebihi masa yang dibenarkan, awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata serbuan dijalankan kira-kira 2.40 pagi susulan maklumat dan pemantauan pihak polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut masih beroperasi melebihi masa yang dibenarkan.

“Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an yang dipercayai pemilik premis serta dua warga Indonesia berusia 20 dan 22 tahun yang bekerja di premis itu ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ANTARA peralatan yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tabuan.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa peralatan operasi premis berkenaan.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing terhadap semua tangkapan didapati negatif dadah dan semakan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 24 Ordinan Hiburan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, dua warga Indonesia terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di Malaysia.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, selain boleh dikenakan sebatan.

Alexson menegaskan polis akan terus menjalankan operasi dan pemantauan bagi memastikan semua premis hiburan mematuhi syarat lesen serta peraturan ditetapkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang boleh menghubungi IPD Kuching di talian 082-244444.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: 18 saman dikeluarkan dalam Op Motosikal di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.