Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kes COVID-19 di Malaysia stabil, tiada kematian direkodkan tahun ini – KKM
  • KESIHATAN

Kes COVID-19 di Malaysia stabil, tiada kematian direkodkan tahun ini – KKM

Utusan Sarawak 7 hours ago
COVID-19 di Malaysia kekal stabil dan menunjukkan trend penurunan ketara berbanding tahun lepas. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal stabil dan menunjukkan trend penurunan ketara berbanding tahun lepas dengan tiada kematian direkodkan sepanjang tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan walaupun negara jiran melaporkan peningkatan kes baru-baru ini, jumlah kes COVID-19 dalam negara sehingga Minggu Epidemiologi (ME) 19/2026, menurun sebanyak 12.6 peratus (9,682 kes) berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

“Meskipun terdapat peningkatan sebanyak 0.7 peratus (iaitu 575 kes berbanding ME18/2026), situasi ini kekal terkawal.

“Hal ini kerana, majoriti besar kes dilaporkan hanyalah melibatkan gejala ringan yang tidak memerlukan rawatan di hospital dan tiada sebarang kes kematian akibat COVID-19 direkodkan sepanjang tahun ini,” menurut kenyataan itu.

KKM berkata aktiviti penjujukan genomik yang dijalankan secara berterusan turut mengesan beberapa subvarian baharu dalam komuniti, namun varian berkenaan tidak menunjukkan kecenderungan mencetuskan gelombang jangkitan serius.  

“KKM akan terus memperkukuh saringan pengembara di Pintu Masuk Antarabangsa dan bekerjasama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam aktiviti pemantauan dan kesiapsiagaan kesihatan awam bagi memastikan pengesanan awal dan tindakan segera dapat dilaksanakan, sekiranya berlaku peningkatan risiko penularan COVID-19 dari luar negara,” katanya.

KKM memaklumkan jangkitan COVID-19 kini diuruskan dalam kategori jangkitan saluran pernafasan lazim seperti selesema biasa dan influenza.

Sehubungan itu, orang ramai disaran agar terus mengamalkan penjagaan kesihatan kendiri termasuk menjaga kebersihan tangan, memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau berada di kawasan sesak, serta mendapatkan perlindungan vaksinasi.

“Pengambilan vaksin amat digalakkan khususnya bagi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, golongan imunokompromi, dan wanita hamil bagi mengurangkan risiko komplikasi jangkitan.

“Perkhidmatan vaksinasi ini boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan terpilih di seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Baru-baru ini, Singapura dilaporkan sedang memantau peningkatan kes COVID-19 berikutan sebanyak 12,700 kes dilaporkan bagi minggu 10 hingga 16 Mei, berbanding 8,000 kes pada minggu sebelumnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: JKM sasar laksana 266 program Sihat Warga Emas, Terapi OKU menerusi Rythm

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.