Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sumatera ‘bergelap’ seketika akibat cuaca buruk
  • GLOBAL

Sumatera ‘bergelap’ seketika akibat cuaca buruk

Utusan Sarawak 14 hours ago
SUMATERA ‘bergelap’ seketika akibat cuaca buruk. Foto hiasan.

JAKARTA: Cuaca buruk mencetuskan gangguan bekalan elektrik yang meluas di seluruh bahagian pulau Sumatera di Indonesia pada Jumaat, mengganggu sistem transmisi serantau, menurut syarikat elektrik negara PT PLN pada Sabtu, lapor Xinhua.

Bekalan elektrik terjejas bermula 6.44 petang waktu tempatan selepas gangguan di sepanjang talian transmisi menyebabkan penurunan frekuensi sistem dan mencetuskan kegagalan di beberapa kawasan, kata Presiden Pengarah PLN Darmawan Prasodjo dalam kenyataan.

Menurut PLN, rangkaian transmisi yang terjejas dipulihkan dalam masa kira-kira dua jam, membolehkan kru mengalihkan tumpuan untuk mengoperasikan semula loji kuasa dan menyambung semula unit penjanaan ke grid.

Menurut Prasodjo, loji jana kuasa hidroelektrik dan gas dapat menyambung semula operasi dengan agak cepat, manakala loji arang batu memerlukan antara 15 dan 20 jam untuk kembali ke kapasiti operasi penuh.

Bagi mempercepat usaha pemulihan, ratusan anggota dikerahkan di seluruh wilayah yang terjejas, termasuk Jambi, Sumatera Barat, Riau, Sumatera Utara dan Aceh. – Bernama 

Continue Reading

Previous: 82 muat, 9 hilang dalam kemalangan lombong arang batu di utara China
Next: California isytihar darurat di Orange County susulan insiden kimia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.