Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak sedia bantu realisasi projek Kereta Api Trans-Borneo – Abang Johari
  • TEMPATAN

Sarawak sedia bantu realisasi projek Kereta Api Trans-Borneo – Abang Johari

Utusan Sarawak 5 hours ago
ABANG Johari semasa sidang media sempena Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Bintulu di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia membantu merealisasikan projek Kereta Api Trans-Borneo yang dicadangkan kerajaan Persekutuan bagi memperkukuh rangkaian pengangkutan serta meningkatkan kecekapan logistik negeri itu dan Sabah.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata negeri itu telah mempunyai jajaran awal bagi projek tersebut yang akan diperhalusi serta dipersetujui bersama kerajaan pusat sebelum memulakan pelaksanaan.

“Kita mempunyai kemudahan yang diperlukan dan kerajaan Persekutuan juga bersedia membantu dalam menghubungkan projek yang dikenali sebagai Pan Borneo Railway.

“Bagaimanapun, pada peringkat awal projek itu akan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sebelum diperluas menerusi kerjasama G2G (kerajaan dengan kerajaan) dengan Indonesia,” katanya pada sidang media sempena Program Sarawakku Sayang Bahagian Bintulu di Lapangan Terbang Lama Bintulu hari ini.

Sebagai permulaan, beliau berkata kerajaan negeri mencadangkan agar projek itu dimulakan secara berperingkat dengan memberi tumpuan kepada laluan dari Bintulu ke Kidurong terlebih dahulu.

Abang Johari berkata penggunaan sistem kereta api diyakini mampu mengurangkan tekanan terhadap jalan raya selain menjadi penyelesaian lebih efisien untuk pengangkutan muatan berat di kawasan industri utama negeri ini.

“Kawasan kereta api tidak ada masalah, tetapi kita cuba mula dari skala kecil dahulu,” katanya.

Pada Mac lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menerusi hantaran di Facebook memaklumkan laporan akhir kajian kebolehlaksanaan projek kereta api berkenaan dijangka siap pada pertengahan tahun ini selepas sesi libat urus tambahan bersama pihak berkepentingan di Sabah dan Sarawak. 

Loke berkata sekiranya projek itu dilaksanakan, ia dijangka mengambil masa puluhan tahun untuk direalisasikan, namun perancangan jangka panjang perlu disediakan dari sekarang sebagai asas utama bagi menjayakan projek berkenaan pada masa hadapan.

Projek Kereta Api Trans-Borneo yang dicadangkan akan menghubungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan, Indonesia. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Abang Johari tinjau dua projek pembangunan strategik di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.