Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Komuniti Malaysia di Qatar anjur kempen derma darah
  • KESIHATAN

Komuniti Malaysia di Qatar anjur kempen derma darah

Utusan Sarawak 7 hours ago
POSTER Kempen Derma Darah Komuniti Malaysia di Doha, Qatar.

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Qatar menganjurkan “Kempen Derma Darah Komuniti Malaysia,” sebagai sebahagian usaha rakyat Malaysia untuk menyumbang semula kepada negara tuan rumah.

Dalam satu kenyataan, pihak kedutaan memaklumkan program berkenaan yang diadakan semalam, mencerminkan semangat perpaduan, kesukarelawanan dan nilai kemanusiaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

“Inisiatif sebegini mengukuhkan lagi persahabatan erat, muhibah, dan hubungan rakyat dengan rakyat antara Malaysia dan Qatar sambil mempamerkan sumbangan positif masyarakat Malaysia kepada masyarakat Qatar,” menurut kenyataan itu.

Bertemakan “Darah Anda, Harapan Mereka”, program yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Malaysia Qatar (MAQ), Perkhidmatan Derma Darah Qatar dan Perbadanan Perubatan Hamad (HMC), disertai 100 rakyat Malaysia yang menetap di Qatar. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Obesiti & kerintangan insulin: “Bom jangka” masalah kesihatan
Next: JKM sasar laksana 266 program Sihat Warga Emas, Terapi OKU menerusi Rythm

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.