82 muat, 9 hilang dalam kemalangan lombong arang batu di utara China

Facebook
WhatsApp
KELIHATAN anggota pasukan penyelamat dan kenderaan kecemasan tiba di lombong arang batu Liushenyu selepas letupan gas di Changzhi, wilayah Shanxi di utara China pada 23 Mei 2026. Foto AFP

TAIYUAN, China: Kemalangan lombong arang batu di Wilayah Shanxi di utara China mengakibatkan 82 maut, dengan sembilan yang lain belum dapat dikesan, lapor Xinhua, memetik biro pengurusan kecemasan daerah itu.

Letupan gas berlaku pada Jumaat di lombong arang batu Liushenyu di Daerah Qinyuan.

(Pihak berkuasa) Wilayah itu telah menghantar 755 orang termasuk penyelamat dan petugas perubatan ke lokasi.

Usaha menyelamat sedang dijalankan. Seramai 123 orang telah dihantar ke hospital untuk rawatan, termasuk dua dalam keadaan kritikal dan dua dalam keadaan parah, manakala 33 lagi telah dibenarkan pulang ke rumah.

Pihak bertanggungjawab terhadap syarikat yang terlibat dalam kemalangan lombong itu diletakkan di bawah kawalan mengikut undang-undang, menurut biro itu.- Bernama-Xinhua