Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Arab Saudi tingkat kapasiti bekalan keperluan musim haji
  • GLOBAL

Arab Saudi tingkat kapasiti bekalan keperluan musim haji

Utusan Sarawak 3 hours ago
JEMAAH haji dari seluruh dunia menunaikan solat subuh di Masjidil Haram hari ini. Kemuncak haji Hari Wuquf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah, jemaah berkumpul untuk berdoa dan mengingati kebesaran Allah SWT dari gelincir matahari (Zohor) sehingga terbenam matahari. Foto BERNAMA

MINA:  Kementerian Perdagangan Arab Saudi memaklumkan lebih 243 juta barangan keperluan dibekalkan ke pasar dan premis runcit di seluruh Makkah serta kawasan suci bagi memastikan bekalan mencukupi untuk memenuhi keperluan harian jemaah haji, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Bekalan yang tersedia di pasaran sejak awal Zulhijjah itu merangkumi lebih 121.6 juta botol air, 82.2 juta pek produk tenusu, jus dan minuman ringan, 31.3 juta buku roti serta lebih 7.9 juta blok ais.

Bagi menampung permintaan besar itu, kapasiti pengeluaran harian dipertingkat kepada lebih 32.6 juta botol air, 24.7 juta pek susu dan jus, 8.8 juta buku roti serta 2.2 juta blok ais.

Kementerian memaklumkan pasukan pemeriksaan lapangannya akan terus menjalankan pemantauan dan pengawasan bekalan secara rapi di semua pasar serta premis perniagaan.

Operasi kawal selia berterusan itu bertujuan memastikan bekalan barangan keperluan tidak terputus, selain meningkatkan kesiapsiagaan keseluruhan perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah haji. – Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: 2 parah dalam nahas pesawat ringan di Haenam
Next: 82 muat, 9 hilang dalam kemalangan lombong arang batu di utara China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.