2 parah dalam nahas pesawat ringan di Haenam

Facebook
WhatsApp
SEBUAH pesawat ringan terhempas ke dalam hutan di Munnamyeon, Daerah Haenam, Wilayah Jeolla Selatan, pada sebelah petang pada 23 Mei 2026. Foto AGENSI

SEOUL: Dua individu cedera parah selepas sebuah pesawat ringan terhempas di daerah Haenam, barat daya Korea Selatan pada Sabtu, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pesawat itu terhempas kira-kira 3.10 petang ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Muan ke Lapangan Terbang Sani.

Kedua-dua mangsa, iaitu seorang jurulatih dan seorang pelajar berusia lingkungan 20-an dari Universiti Chodang, dibawa ke hospital berhampiran.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca nahas. – Bernama-Yonhap