Gempa bumi 6.0 skala Richter landa Hawaii – USGS

Facebook
WhatsApp
GEMPA bumi 6.0 skala Richter landa Hawaii. Foto agensi.

BEIJING: Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan kawasan 12 kilometer (km) di selatan Honaunau-Napoopoo, Hawaii pada petang Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.

Pusat gempa pada kedalaman 22.4 km, pada awalnya dikesan pada 19.34 darjah utara dan 155.84 darjah barat. – Bernama