
LAWAS: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail telah meluluskan peruntukan sebanyak RM70, 000.00 untuk membantu meningkatkan prestasi pencapaian sekolah pada 2026.
Beliau mengumumkan perkara itu semasa mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Limbang, semalam.
Dalam lawatan tersebut, Pegawai Pendidikan Daerah Limbang, Siti Mariam Salleh, menyampaikan taklimat mengenai projek, program serta pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah-sekolah di daerah Limbang sepanjang 2025.
Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan, Suraya Habibollah, serta pegawai kanan daripada pelbagai sektor di Pejabat Pendidikan Daerah Limbang.
Oleh Adeng Edrus