Ahmad Johnie santuni pengguna jalan raya di Daerah Daro

Facebook
WhatsApp
KESELAMATAN….Ahmad Johnie menyantuni pengguna jalan raya di Daerah Daro pada program Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Hari Gawai dan Aidiladha. Foto Parlimen P207 Igan

DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyantuni pengguna jalan raya di daerah ini menerusi pengagihan sebanyak 260 beg cenderamata Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Hari Gawai dan Aidiladha.

Program tersebut diadakan sebagai tanda keprihatinan terhadap keselamatan pengguna jalan raya menjelang musim perayaan yang menyaksikan peningkatan pergerakan orang ramai pulang ke kampung halaman.

AHMAD Johnie menyampaikan beg cenderamata kepada pengguna jalan raya. Foto Parlimen P207 Igan

Dalam pada itu, Ahmad Johnie menasihatkan para pemandu agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, mematuhi peraturan jalan raya serta mengutamakan keselamatan diri dan keluarga sepanjang perjalanan.

Setiap beg cenderamata yang diagihkan turut disertakan dengan risalah keselamatan jalan raya yang menekankan kepentingan mematuhi undang-undang serta amalan pemanduan berhemah, khususnya ketika pulang ke kampung halaman.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak “Gayu Guru Gerai Nyamai” serta Selamat Menyambut Aidiladha kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.

Oleh Akun Giman