Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki ditemukan meninggal dunia di premis kedai makan di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Lelaki ditemukan meninggal dunia di premis kedai makan di Sarikei

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR fail KPD Sarikei, Superitenden Aswandy Anis.

SARIKEI: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di sebuah premis kedai makan di Jalan Merdeka di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei, Superitenden Aswandy Anis berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira 8.55 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut berada di premis berkenaan dan dipercayai telah tidur di kedai tersebut kira-kira 4.00 pagi.

“Menurut pemilik kedai, lelaki tersebut secara tiba-tiba terjatuh daripada kerusi yang didudukinya pada 8.25 pagi sebelum pihak hospital dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan media, malam tadi.

Tambahnya, pemeriksaan oleh pihak perubatan kemudiannya mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia.

“Siasatan awal pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Mayat telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk tujuan bedah siasat dan siasatan lanjut.

“Waris lelaki berkenaan telah berjaya dikenal pasti dan dimaklumkan berhubung kejadian tersebut,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak terus perkasa institusi KMKK di Bintulu
Next: Ahmad Johnie santuni pengguna jalan raya di Daerah Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.