Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak Consolidated Industries memuktamadkan penjualan anak syarikat pada harga RM113 juta
  • BISNES

Sarawak Consolidated Industries memuktamadkan penjualan anak syarikat pada harga RM113 juta

Utusan Sarawak 13 hours ago
SARAWAK Consolidated Industries jual anak syarikat pada harga RM113 juta.

KUALA LUMPUR: Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) memuktamadkan penjualan anak syarikatnya, SCIB Concrete Manufacturing Sdn Bhd (SCM) pada harga RM113 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, firma pembinaan dan kejuruteraan itu menyatakan penjualan tersebut merupakan satu urus niaga penting yang memperkukuh fokus syarikat terhadap segmen pembinaan dan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

Selain itu, langkah berkenaan juga mendorong penilaian semula terhadap rancangan pengumpulan modal syarikat.

“Ini membolehkan SCIB memanfaatkan potensi daripada perniagaan pembuatannya dan menumpukan semula sumber syarikat kepada aktiviti pembinaan dan EPCC syarikat.

“Dengan selesainya penjualan ini, SCM tidak lagi menjadi anak syarikat. Sehubungan itu, struktur operasi dan keperluan pembiayaan SCIB akan dinilai semula untuk mencerminkan hala tuju perniagaan kumpulan selepas penjualan itu,” tambahnya.

Selaras dengan perkembangan ini, SCIB menyatakan ia tidak akan meneruskan cadangan terbitan hak dengan waran berdasarkan skim semasa.

“Syarikat mengambil maklum bahawa sebahagian besar hasil daripada cadangan terbitan hak terdahulu telah diperuntukkan untuk pembinaan kemudahan kilang dan pembelian jentera berhubung dengan perniagaan pembuatan SCM.

“Dengan selesainya penjualan ini, penggunaan yang dimaksudkan ini tidak lagi relevan dengan struktur operasi kumpulan yang telah disemak semula,” jelas syarikat itu.

Pengerusi Eksekutif Datuk Chong Loong Men berkata dengan selesainya penjualan SCM, ia merupakan satu peristiwa penting bagi SCIB kerana membolehkan syarikat memuktamadkan komponen utama dalam pelan penjajaran semula korporatnya.

“Langkah ini membolehkan kami memanfaatkan nilai yang ketara daripada perniagaan pembuatan dan bank tanah kami, sambil mengukuhkan kedudukan kewangan untuk mengejar peluang yang lebih besar dan lebih mampan dalam ruang Pembinaan dan EPCC.

“Dengan SCM tidak lagi menjadi sebahagian daripada syarikat pada masa hadapan, adalah wajar untuk kami menilai semula keperluan pembiayaan dan pelan modal berdasarkan struktur perniagaan yang disemak semula,” kata beliau.

Pada masa hadapan, syarikat mungkin mempertimbangkan terbitan hak yang disemak semula dengan skim waran dan mengemukakan permohonan baharu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad pada tarikh kemudian, tertakluk kepada penilaian lanjut terhadap keperluan pembiayaan kumpulan, katanya.

“Sekiranya skim yang disemak semula diteruskan, SCIB akan mendapatkan kelulusan pemegang saham yang diperlukan mengikut keperluan kawal selia,” tambahnya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka tinggi
Next: Ringgit dijangka diniagakan antara RM3.95 dan RM3.97 berbanding dolar AS minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.