Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kad pengenalan, pasport antara kaedah sahkan umur pengguna media sosial berkuat kuasa 1 Jun 2026
  • SEMASA

Kad pengenalan, pasport antara kaedah sahkan umur pengguna media sosial berkuat kuasa 1 Jun 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching (tengah) ketika menghadiri Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Peringkat Daerah Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Pengesahan umur pengguna media sosial boleh dilaksanakan menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan dan pasport di bawah pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkuat kuasa 1 Jun 2026.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata pendekatan tersebut merupakan antara kaedah yang dibenarkan kepada platform bagi melaksanakan kawalan umur pengguna di bawah prinsip keselamatan melalui reka bentuk. 

“Kerajaan tidak menetapkan kaedah teknologi tertentu dalam pelaksanaan pengesahan umur, sebaliknya memberi fleksibiliti kepada platform untuk menentukan mekanisme yang sesuai. 

“Pengunaan dokumen rasmi seperti kad pengenalan dan pasport merupakan antara pilihan yang boleh digunakan platform bagi mengesahkan umur pengguna, selaras dengan tanggungjawab yang ditetapkan di bawah kod berkenaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat Peringkat Daerah Kuching, hari ini

Tegasnya, pelaksanaan yang menekankan prinsip keselamatan melalui reka bentuk ini ialah untuk memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada risiko dalam talian. 

Mengulas pelaksanaan terhadap akaun sedia ada, beliau berkata, MCMC akan memberi tempoh munasabah kepada platform media sosial untuk melaksanakan proses pengesahan secara berperingkat.

Menurutnya, MCMC juga sedang mengadakan libat urus dengan platform bagi menentukan tempoh sesuai untuk pelaksanaan semakan terhadap akaun pengguna sedia ada.

“Tanggungjawab untuk memastikan dan mengesahkan umur pengguna adalah di bawah platform, bukan ibu bapa.

“Platform perlu mengambil langkah munasabah untuk memastikan pengguna mereka mematuhi keperluan umur yang ditetapkan,” ujarnya.

Beliau menambah, sekiranya berlaku ketidakpatuhan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA), tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan terhadap penyedia platform termasuk denda sehingga RM10 juta.

Untuk rekod, akaun media sosial bagi pengguna bawah umur 16 tahun akan disekat bermula 1 Jun 2026 apabila platform diwajibkan melaksanakan kawalan umur di bawah pelaksanaan kod baharu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pelatih, kakitangan Sarawak Metro lengkap latihan industri di Yibin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.