Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Rakyat Malaysia di Belgium perkenal budaya menerusi ‘Jom Lepak 2026’
  • RENCANA

Rakyat Malaysia di Belgium perkenal budaya menerusi ‘Jom Lepak 2026’

Utusan Sarawak 5 hours ago
FESTIVAL “Jom Lepak 2026” meriahkan Leuven, Belgium dengan sajian tradisional, persembahan budaya dan semangat rakyat Malaysia di luar negara.

KUALA LUMPUR: Kepelbagaian rasa, warna dan irama Malaysia bersemarak di Leuven, Belgium pada 16 Mei lalu menerusi festival “Jom Lepak 2026” anjuran Persatuan Malaysia Belgium dan Luxembourg (MABL).

Presiden MABL Sarah Vanherck berkata lokasi acara itu diubah menjadi pasar ala Malaysia yang menampilkan pelbagai juadah popular seperti nasi lemak, rendang, roti canai, martabak, mi goreng Pulau Pinang, vadei dan kuih-muih tradisional.

Beliau berkata lebih 300 pengunjung yang hadir turut menikmati buah-buahan tropika termasuk manggis, rambutan, buah naga dan jambu batu.

RAKYAT Malaysia di Belgium tampil mempromosikan budaya dan warisan tanah air menerusi festival “Jom Lepak 2026”.

Vanherck menambah sambutan itu juga mengetengahkan warisan Malaysia Timur menerusi Pesta Kaamatan Sabah, termasuk persembahan tarian sumazau yang rancak oleh D’Borneon Hornbills, sebuah kumpulan yang dianggotai rakyat Sabah di luar negara dan anak-anak mereka.

“Fesyen batik turut diberi perhatian menerusi pameran oleh BE MY Batik dan Anggun Batik, manakala sudut ‘Kedai Runcit Malaysia’ menampilkan makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia, snek harian serta bahan masakan yang membangkitkan nostalgia,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Vanherck berkata acara itu yang dirasmikan oleh Timbalan Datuk Bandar Leuven Dirk Vansina, turut menyokong kempen Tahun Melawat  Malaysia 2026 menerusi tayangan video pelancongan yang memaparkan keindahan alam semula jadi Sabah dan Sarawak.

Festival itu katanya mencerminkan identiti kukuh rakyat Malaysia di luar negara serta usaha berterusan mereka untuk memperkenalkan warisan, cita rasa dan tradisi Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

Sementara itu, Vansina menyifatkan acara tersebut sebagai platform bermakna buat rakyat Malaysia dan ekspatriat untuk menghayati asal-usul mereka sambil meraikan negara yang kini menjadi tempat tinggal mereka.

Persekitaran pelbagai budaya di Leuven menggalakkan pertukaran budaya dan mengukuhkan hubungan komuniti menerusi acara seumpama itu, dan inisiatif sedemikian membantu memupuk persefahaman dan penghargaan antara masyarakat pelbagai latar belakang, katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Aidiladha: Erti sebuah pengorbanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.