Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Brazil jangka hasil kopi cecah rekod pada 2026
  • GLOBAL

Brazil jangka hasil kopi cecah rekod pada 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
BRAZIL jangka catat rekod pengeluaran kopi tertinggi dunia pada 2026, didorong cuaca baik, peluasan kawasan tanaman dan peningkatan produktiviti ladang.

RIO DE JANEIRO: Brazil, pengeluar dan pengeksport kopi terbesar dunia menjangkakan pengeluaran kopi mencatat rekod pada 2026, didorong cuaca baik, peluasan kawasan tanaman serta kitaran produktiviti positif di ladang kopi, lapor Xinhua memetik Syarikat Bekalan Nasional (CONAB) milik kerajaan.

Pengeluaran kopi Brazil dijangka mencecah 66.7 juta guni seberat 60 kilogram dalam kitaran semasa, meningkat 18 peratus berbanding tuaian sebelumnya dan merupakan jumlah tertinggi pernah direkodkan.

Jika unjuran itu dicapai, pengeluaran berkenaan akan mengatasi rekod terdahulu sebanyak 63.08 juta guni yang dicatatkan pada 2020.

Lonjakan pengeluaran kopi berlaku ketika produktiviti pertanian kembali pulih, selain mengukuhkan kedudukan Brazil di pasaran antarabangsa sebagai pembekal kopi utama dunia.

Menurut CONAB, jumlah kawasan tanaman kopi dijangka meningkat 3.9 peratus kepada 2.34 juta hektar, manakala purata produktiviti nasional boleh naik 13 peratus kepada 34.4 guni sehektar.

Pengeluaran kopi Arabica, varieti paling banyak dieksport dan mempunyai nilai tambah tertinggi dianggarkan mencecah 45.77 juta guni, meningkat 28 peratus berbanding tahun lepas.

CONAB menyifatkan peningkatan itu terutamanya disumbangkan oleh kitaran dwitahunan pengeluaran yang positif serta keadaan cuaca lebih baik di wilayah pengeluar utama negara itu.

Bagi kopi robusta, yang digunakan terutamanya bagi kopi segera dan produk industri, pengeluaran dijangka sebanyak 20.9 juta guni, meningkat 0.8 peratus berbanding tuaian sebelumnya.

Negeri Minas Gerais, pengeluar kopi utama Brazil dijangka menyumbang hampir separuh daripada pengeluaran nasional, dengan anggaran tuaian 33.4 juta guni, meningkat 29.8 peratus berbanding tahun lepas.

Walaupun pertumbuhan pengeluaran diunjurkan kukuh, eksport kopi Brazil susut 22.5 peratus tahun ke tahun kepada 11.5 juta guni antara Januari dan April 2026, menurut data rasmi Kementerian Pembangunan, Industri, Perdagangan dan Perkhidmatan.

Penurunan itu mencerminkan inventori domestik yang rendah susulan tuaian terhad pada tahun-tahun sebelumnya serta permintaan antarabangsa yang berterusan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gempa bumi landa perairan Laut Maluku berhampiran Bitung, Indonesia
Next: El Niño ‘super’ berpotensi berlaku, saintis tampil beri penjelasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.