Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi landa perairan Laut Maluku berhampiran Bitung, Indonesia
  • GLOBAL

Gempa bumi landa perairan Laut Maluku berhampiran Bitung, Indonesia

Utusan Sarawak 2 hours ago

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter melanda perairan Laut Maluku antara Sulawesi Utara dan Kepulauan Maluku Utara di Indonesia, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gempa berlaku pada 9.05 pagi (0105 GMT), kira-kira 116 kilometer ke timur bandar Bitung pada kedalaman kira-kira 48 kilometer.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) pada mulanya turut melaporkan gempa berukuran 5.8 pada skala Richter.

Pada 26 Disember 2004, gempa bumi 9.1 pada skala Richter direkodkan di luar pulau Sumatera, Indonesia mencetuskan tsunami dahsyat yang melanda negara-negara Lautan Hindi termasuk Indonesia, Sri Lanka dan India, malah turut sampai ke Afrika. Lebih 230,000 orang terkorban.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Semut Harvester Gergasi jadi sasaran baharu sindiket penyeludupan di Kenya
Next: Brazil jangka hasil kopi cecah rekod pada 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.