STOCKHOLM: Seorang jururawat Sweden memenangi pertandingan untuk menonton keseluruhan program 60 filem Festival Goteborg dari rumah api di sebuah pulau terpencil di luar pesisir pantai Sweden.
Lisa Enroth mengalahkan 12,000 peminat filem dari seluruh dunia yang menyertai pertandingan tersebut.
Jururawat, yang telah bekerja di wad Covid-19 sepanjang pandemik wabak itu berharap dia dapat menikmati “menjadi sebahagian daripada realiti yang sama sekali berbeza selama seminggu”.
Penganjur terpaksa memendekkan festival ini disebabkan pandemik.
Tidak akan ada penayangan di pawagam sebaliknya keseluruhan program akan disiarkan secara dalam talian.
Penganjur mengatakan mereka mencari penggemar filem tulen yang secara emosional dan psikologi untuk memenuhi tugas itu.
Enroth, yang sudah “kehabisan tenaga” kerana wabak itu, akan menghabiskan seminggu tinggal sendirian di rumah api di Pater Noster di pulau Hamneskar, tanpa telefon, komputer, buku atau bentuk hiburan lain.
“Angin, laut, kemungkinan menjadi sebahagian daripada kenyataan yang sama sekali berbeza selama seminggu, semua ini sangat menarik,” kata jururawat itu.Enroth tinggal di Skovde, sebuah kota kecil di sebelah timur Goteborg, yang mana dia adalah sebahagian daripada kelab filem tempatan.
Enroth akan dibawa dengan kapal ke pulau yang terletak berhampiran Marstrand pada pagi Sabtu.
Ketua Pegawai Eksekutif Festival, Mirja Wester berkata, pemilihan jururawat itu adalah tepat untuk memberi peluang unik kepada salah seorang daripada ‘hero’ yang telah bekerja keras sepanjang penularan wabak Covid-19. – AFP