Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi di Kuching
  • JENAYAH

Wanita ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi di Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
POLIS memeriksa pemandu di sepanjang Jalan Tabuan.

KUCHING: Seorang wanita tempatan berusia 37 tahun ditahan dalam operasi membanteras pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Jalan Tabuan, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, dalam operasi tersebut wanita berkenaan telah ditahan dan menjalani ujian pernafasan menggunakan alat SD2+.

“Hasil ujian mendapati wanita itu mempunyai kandungan alkohol sebanyak 186 miligram dalam 100 mililiter darah, melebihi had yang dibenarkan,” katanya.

POLIS memeriksa pemandu di sepanjang Jalan Tabuan.

Menurut beliau, suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kuching untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan motor dengan kandungan alkohol melebihi had ditetapkan iaitu 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda antara RM10,000 hingga RM30,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan,” katanya.

Sepanjang operasi dijalankan, polis memeriksa 65 individu dan 62 kenderaan terdiri daripada 25 kereta, 18 motosikal, 13 pacuan empat roda dan enam kenderaan pelbagai guna (MPV).

Sebanyak 33 saman PDRM (K) 257 turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Operasi tersebut dijalankan bermula 11.30 malam pada 20 Mei hingga 3.30 pagi, 21 Mei melibatkan seorang pegawai kanan polis dan 11 anggota.

Alexson berkata, operasi berkenaan bertujuan memastikan pengguna jalan raya tidak memandu di bawah pengaruh alkohol kerana perbuatan itu membahayakan pengguna jalan raya lain serta pemandu sendiri.

Beliau berkata, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Katanya lagi, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak memandu selepas mengambil minuman beralkohol kerana ia boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: JPJ sita dua kenderaan mewah dalam Ops Luxury di Kuching
Next: Dua warga asing disyaki pengedar dadah kecil-kecilan ditahan di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.