Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komuniti perlu berganding bahu banteras penyalahgunaan dadah
  • Tengah
  • WILAYAH

Komuniti perlu berganding bahu banteras penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 4 hours ago
ISKANDAR berucap ketika majlis penutupan Program Jelajah Aspirasi ‘Memperkasa Generasi Terbilang Tanpa Dadah’ di Balai Raya Jepak, Bintulu.

BINTULU: Usaha membanteras penyalahgunaan dadah memerlukan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak termasuk masyarakat, keluarga serta individu yang pernah terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, pendekatan bersepadu itu penting bagi memastikan komuniti lebih peka terhadap bahaya dadah selain memperkukuh kesejahteraan sosial masyarakat.

“Program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran awam terhadap bahaya dadah, malah mampu memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi dan komuniti dalam melaksanakan intervensi awal.

“Selain itu, pengurangan stigma terhadap bekas penagih serta pengukuhan model pemulihan berasaskan komuniti yang inklusif amat penting dalam membentuk masyarakat yang lebih sejahtera,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Program Jelajah Aspirasi ‘Memperkasa Generasi Terbilang Tanpa Dadah’ di Balai Raya Jepak, Kampung Jepak di sini, hari ini.  

ISKANDAR bergambar bersama peserta dan penganjur selepas merasmikan penutupan Program Jelajah Aspirasi ‘Memperkasa Generasi Terbilang Tanpa Dadah’ di Balai Raya Jepak, Bintulu hari ini.

Menurutnya, antara fokus utama program itu adalah memperkukuh ketahanan komuniti menerusi pendekatan pendidikan, advokasi dan interaksi sosial secara langsung selain mengangkat peranan klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai duta perubahan dalam masyarakat.  

Beliau turut berkata, peningkatan kehadiran agensi penguatkuasaan di kawasan berisiko tinggi dapat membantu mengekang aktiviti penyalahgunaan dadah serta meningkatkan persepsi komuniti terhadap aspek keselamatan dan ketenteraman awam.  

Program anjuran AADK Negeri Sarawak itu dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Program One Stop Committee (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Bintulu, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Bintulu, GiatMARA Bintulu, Tabung Baitulmal Bintulu, Pejabat Kesihatan Bintulu, Skuad Antidadah Bintulu dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Jepak.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Betong selamatkan penghuni hotel terkunci dalam bilik
Next: Kesedaran awal senjata lindungi generasi muda daripada dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.