Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Batik dan songket Malaysia jadi tumpuan di Doha sempena TMM2026
  • NASIONAL

Batik dan songket Malaysia jadi tumpuan di Doha sempena TMM2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEINDAHAN batik dan songket Malaysia mencuri perhatian di Doha menerusi pameran budaya sempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2026. Foto MyFashionChamber

KUALA LUMPUR: Kehalusan seni tenunan songket dan corak batik sarat warisan yang melambangkan keindahan budaya Malaysia menjadi tumpuan di pentas antarabangsa menerusi pameran budaya “Timeless Charms of Malaysia’s Batik & Songket” di Hotel Andaz, Doha.

“Acara itu meraikan batik dan songket sebagai antara warisan budaya paling berharga Malaysia. Batik khususnya terus mempunyai kedudukan istimewa dalam identiti Malaysia serta diplomasi budaya negara.

“Program itu mencerminkan nilai Malaysia yang sekian lama mengangkat keharmonian dalam kepelbagaian dan kewujudan masyarakat berbilang budaya,” menurut Kedutaan Besar Malaysia di Qatar dalam kenyataan kepada Bernama pada Khamis.

Program itu dianjurkan bersama oleh kedutaan berkenaan dan Persatuan Wanita Kedutaan (PERWAKILAN DOHA) sebagai sebahagian usaha mempromosikan kekayaan warisan budaya Malaysia, memperkukuh hubungan rakyat dengan rakyat serta menyokong promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Selain menampilkan batik dan songket, pameran itu turut mengetengahkan tradisi Malaysia yang kaya serta layanan mesra negara ini menerusi sajian makanan tempatan dan pelbagai persembahan kebudayaan serta pertunjukan fesyen yang diinspirasikan daripada pelbagai etnik yang membentuk kepelbagaian budaya unik Malaysia.

Program itu turut melancarkan promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, kempen pelancongan nasional yang menyasarkan ketibaan 35 juta pelancong selain menarik lebih ramai pelawat dari Qatar dan rantau itu untuk menikmati kekayaan budaya, keindahan alam semula jadi, layanan bertaraf dunia dan kepelbagaian tradisi kulinari Malaysia.

Pameran itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Warisan dan Identiti Kementerian Kebudayaan Qatar Sheikha Najla Faisal Al-Thani, anggota Spouse of Heads of Mission in Qatar (SOHOM), kor diplomatik, Persatuan Wanita Qatar serta komuniti antarabangsa di Qatar.- Bernama

Continue Reading

Previous: UKM, Blackberry lancar Cyber Pathways, perkukuh pembangunan bakat keselamatan siber di Malaysia
Next: Raja Muda Selangor ditauliahkan pangkat Leftenan Komander TLDM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.