Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Belia luar bandar digalak kuasai AI, rebut peluang dunia digital – Doris
  • Selatan
  • WILAYAH

Belia luar bandar digalak kuasai AI, rebut peluang dunia digital – Doris

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO’ Sri Doris Sophia Brodie ketika hadir merasmikan Majlis Penangguhan Program AI untuk Produktiviti Belia. Foto: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Generasi muda di kawasan luar bandar khususnya di Sri Aman diseru agar tidak berasa terhad dengan faktor geografi, sebaliknya merebut peluang yang ditawarkan dunia digital untuk muncul sebagai pencipta teknologi dan usahawan masa depan.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie berkata, landskap digital masa kini menyediakan peluang sama rata kepada semua tanpa mengira lokasi atau latar belakang tempat tinggal.

Menurut beliau, kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi sekadar teknologi masa depan, malah telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian yang membantu meningkatkan produktiviti dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, perniagaan, kesihatan dan industri kreatif.

“AI bukan lagi teknologi masa depan, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian yang membantu meningkatkan produktiviti dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perniagaan, kesihatan dan industri kreatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penangguhan Program AI untuk Produktiviti Belia di sini, baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Sarawak Skills serta Pusat Khidmat Rakyat P.202 Sri Aman.

Dalam pada itu, Doris turut menegaskan bahawa AI hanyalah satu alat, manakala keberkesanan serta impaknya bergantung sepenuhnya kepada cara manusia menggunakannya.

DATO’ Sri Doris Sophia Brodi merakam kenangan bersama dengan para pelajar yang hadir semasa Majlis Penangguhan Program AI untuk Produktiviti Belia. Foto: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sri Aman

Sehubungan itu, beliau mengingatkan golongan belia supaya menggunakan teknologi berkenaan secara beretika, berintegriti dan bertanggungjawab selain melengkapkan diri dengan kemahiran literasi digital, pemikiran kritikal, kreativiti serta keupayaan menyelesaikan masalah bagi memastikan mereka terus relevan dalam pasaran kerjaya masa depan.

Program berkenaan berjaya menarik penyertaan seramai 100 belia termasuk pelajar daripada beberapa sekolah menengah sekitar Sri Aman seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, SMK Simanggang, SMK Sri Aman, SMK Melugu dan SMK Saint Luke.

Melalui penganjuran program seumpama itu, ia diharap dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan lebih ramai bakat digital tempatan demi membina masa depan Sarawak yang lebih maju, pintar dan berdaya saing di peringkat global.

Turut menyampaikan ucapan pada majlis tersebut ialah Pengurus Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri. Hadir sama wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian Chela Chin, wakil PPD Sri Aman Siti Aisyah, Pengurus Pusat Sarawak Skills Sri Aman Dexter Jagit serta pengetua sekolah lain yang terlibat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 13 banduan Penjara Pusat Sri Aman dibebaskan melalui PBSL sempena Aidiladha dan Gawai
Next: Jari kanak-kanak tersangkut pingat berjaya diselamatkan APM Betong menggunakan benang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.