Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • UKM, Blackberry lancar Cyber Pathways, perkukuh pembangunan bakat keselamatan siber di Malaysia
  • NASIONAL

UKM, Blackberry lancar Cyber Pathways, perkukuh pembangunan bakat keselamatan siber di Malaysia

Utusan Sarawak 5 hours ago
UKM, Blackberry lancar Cyber Pathways, perkukuh pembangunan bakat keselamatan siber di Malaysia. Foto hiasan.

PUTRAJAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama BlackBerry Ltd hari ini melancarkan Cyber Pathways, sebuah Program Pensijilan Profesional untuk Keselamatan Siber yang direka untuk membangunkan bakat keselamatan siber Malaysia yang bersedia menyertai pasaran pekerjaan.

Pelancaran itu menandakan kejayaan utama pertama dalam perjanjian pelbagai tahun antara BlackBerry dan UKM bagi membantu memperkukuh daya tahan siber di ASEAN.

Bagi merealisasikan misi UKM-BlackBerry memupuk generasi depan pemimpin siber, Cyber Pathways direka untuk mahasiswa baharu dan profesional yang ingin beralih ke bidang keselamatan siber sekali gus menangani peningkatan permintaan bakat mahir dalam ekonomi digital Malaysia yang semakin berkembang.

Program itu dijangka melahirkan profesional siber berkemahiran tinggi yang dilengkapi dengan pensijilan diiktiraf industri, kecekapan praktikal dan pendedahan langsung kepada keperluan keselamatan siber dunia nyata.

Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Sufian Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata, kerjasama itu mencerminkan komitmen strategik pihak akademik dan rakan industri untuk memperkukuh penyatuan pengetahuan serta kepakaran industri. 

“Latihan profesional keselamatan siber berstruktur ini bertujuan membangunkan bakat sedia masa depan yang berkebolehan menangani ancaman siber yang sentiasa berubah dalam persekitaran digital global yang semakin kompleks. 

“Sejajar dengan landskap digital yang berkembang, permintaan untuk bakat keselamatan siber terus meningkat di seluruh sektor teknologi serta pelbagai industri dan perkhidmatan nasional yang kritikal.

“Cyber Pathways membantu menangani jurang ini selain memberikan peluang kepada peserta untuk membina rangkaian profesional yang kukuh dan akses langsung kepada laluan kerjaya dalam antara sektor paling kritikal di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry, John Giamatteo berkata, ASEAN memerlukan generasi tenaga kerja yang mahir dan mampu bertahan daripada ancaman pada masa depan, menjadikan inisiatif industri-akademik seperti kerjasama BlackBerry dan UKM sangat penting.

“Kami berbangga untuk berganding bahu dengan UKM melancarkan Cyber Pathways kepada penuntut baharu yang akan menjadi barisan pertahanan yang melindungi industri kritikal, infrastruktur dan rakyat negara ini,” katanya.

Program baharu selama 24 minggu itu menawarkan tiga peringkat struktur yang boleh disusun terdiri daripada Perlindungan Siber, Pengurusan Siber dan Keselamatan Siber bagi membantu Malaysia memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi ancaman siber yang semakin canggih. – Bernama

Continue Reading

Previous: Perkeso lancar bulan pemutihan, beri peluang majikan baharu daftar, carum pekerja
Next: Batik dan songket Malaysia jadi tumpuan di Doha sempena TMM2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.