Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • KPDN Miri gagalkan cubaan seleweng 140 liter diesel bersubsidi
  • JENAYAH

KPDN Miri gagalkan cubaan seleweng 140 liter diesel bersubsidi

Utusan Sarawak 4 hours ago
TERBONGKAR… Kegiatan penyelewengan barang kawalan bersubsidi terus menjadi sasaran, KPDN Miri berjaya membongkar satu cubaan menyeludup minyak diesel dalam satu serbuan di Miri, hari ini.

MIRI: Kegiatan penyelewengan barang kawalan bersubsidi terus menjadi sasaran pihak berkuasa apabila Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Miri berjaya membongkar satu cubaan menyeludup minyak diesel dalam satu serbuan di sini, hari ini.

Menurut kenyataan KPDN Miri, dalam operasi tersebut, pasukan penguat kuasa telah menahan sebuah kenderaan persendirian yang mencurigakan sebelum melakukan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan beberapa tong plastik yang disusun di bahagian belakang kabin kenderaan dan dipercayai digunakan untuk menyimpan minyak diesel secara haram bagi tujuan penyelewengan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 140 liter minyak diesel disimpan di dalam tong-tong tersebut dengan nilai rampasan barang kawalan dianggarkan bernilai RM301.

“Lebih mengejutkan, keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan dan barangan lain dianggarkan mencecah kira-kira RM49,532.30,” kata kenyataan itu.

Susulan itu, pihak KPDN telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 21 akta sama, manakala kenderaan terbabit turut disita bagi membantu siasatan lanjut.

Menurut KPDN Miri, kegiatan membeli dan menyimpan diesel dalam bekas selain tangki asal kenderaan melebihi 20 liter tanpa permit sah merupakan satu kesalahan serius di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

“Jika disabitkan kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan berulang, hukuman boleh meningkat sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun.

“Sementara itu, syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM2 juta dan bagi kesalahan kedua serta seterusnya, denda boleh mencecah RM5 juta,” katanya lagi.

KPDN Miri menegaskan bahawa pemantauan dan operasi penguatkuasaan di stesen minyak akan terus dipertingkat dari semasa ke semasa bagi membanteras ketirisan barang kawalan bersubsidi yang menjejaskan ekonomi negara.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan diminta menyalurkan aduan kepada KPDN melalui WhatsApp 019-848 8000, Portal e-Aduan KPDN, talian 1-800-886-800 atau aplikasi Ez Adu KPDN.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Lelaki rugi RM117,600 akibat penipuan tender di Kuching
Next: Warga Indonesia dipenjara 12 bulan miliki 2,253 biji telur penyu secara haram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.