Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pelanjutan Skim Simen Rahmah bantu tangani peningkatan kos pembinaan – REHDA
  • NASIONAL

Pelanjutan Skim Simen Rahmah bantu tangani peningkatan kos pembinaan – REHDA

Utusan Sarawak 3 hours ago
PELANJUTAN Skim Simen Rahmah bantu tangani peningkatan kos pembinaan – REHDA

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menyambut baik komitmen berterusan kerajaan dalam menyokong industri perumahan menerusi pelanjutan inisiatif Skim Simen Rahmah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presidennya Datuk Ho Hon Sang berkata, keputusan kerajaan untuk memperuntukkan tambahan 1.6 juta tan simen mencerminkan usaha proaktifnya dalam membantu industri menangani peningkatan kos bahan binaan serta cabaran rantaian bekalan global yang berterusan.

Beliau turut menyifatkan inisiatif berkenaan sebagai satu kerjasama awam-swasta yang berkesan dalam menangani cabaran kemampuan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

“Kami berterima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas keprihatinan mereka yang secara proaktif melanjutkan inisiatif ini di tengah-tengah peningkatan kos bahan binaan serta tekanan ekonomi global yang berterusan dan menjejaskan rantaian bekalan,” katanya.

Ho turut menggesa ahli-ahli REHDA agar memanfaatkan inisiatif Skim Simen Rahmah secara bertanggungjawab dan mematuhi sepenuhnya garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan ia memberi manfaat kepada pembeli rumah mahupun pihak industri.

“REHDA akan terus menggalakkan ahli-ahlinya supaya menjunjung agenda pembangunan negara dalam menyediakan kediaman yang berkualiti dan mampu milik untuk rakyat secara mampan selain tepat pada masanya,” katanya.

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata Skim Simen Rahmah memanfaatkan sebanyak 317,000 tan simen bagi membina 11,909 unit rumah mampu milik sejak dilancarkan pada 2023.

Tambahan sebanyak 1.6 juta tan itu akan menyokong pembinaan sekitar 500,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara. – Bernama

Continue Reading

Previous: Konsep PAKW diteliti nilai kelayakan bantuan, tidak hanya berasaskan B40, M40, T20 – Akmal Nasrullah
Next: Lebih 39,000 pemilih baharu dalam daftar pemilih tambahan April 2026 – SPR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.