Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aksi hambar perseorangan lelaki negara berterusan, Letshanaa dan Jin Wei menyerlah
  • SUKAN

Aksi hambar perseorangan lelaki negara berterusan, Letshanaa dan Jin Wei menyerlah

Utusan Sarawak 3 hours ago
PEMAIN perseorangan wanita negara Karupathevan Letshanaa menjerit kegembiraan selepas menewaskan perseorangan wanita Denmark Amalie Schulz pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil hari ini. Karupathevan Letshanaa menang 21-13, 19-21,21-15. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Satu lagi aksi mengecewakan buat kem perseorangan lelaki negara. Buat tahun kedua berturut-turut, tiada wakil Malaysia mara ke pusingan kedua Kejohanan Malaysia Masters selepas Leong Jun Hao dan Justin Hoh tersingkir pada pusingan pembukaan edisi 2026 di sini, hari ini.

Beraksi di Unifi Arena, pemain nombor 25 dunia Jun Hao memberikan tentangan sengit sebelum tewas 19-21, 21-23 kepada pemain nombor 69 dunia dari China Hu Zhe An dalam pertarungan selama 54 minit.

Pemain berusia 26 tahun itu mengakui gagal memanfaatkan momen penting sepanjang perlawanan, sekali gus menyebabkan dia menerima padah dalam pertemuan pertama mereka.

Pemain nombor satu negara itu juga berkata isu di luar gelanggang, termasuk laporan yang mengaitkannya dengan masalah disiplin telah menjejaskan prestasinya.

“Saya rasa kalau cakap ia tak mengganggu, itu tak betul. Selepas ini saya cuba untuk positif dan melakukan lebih baik lagi,” katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Justin gagal mencatat kebangkitan apabila disingkir oleh pemain Indonesia Anthony Sinisuka Ginting, 21-16, 21-14.

Justin berkata pengalaman luas dimiliki Anthony menyebabkannya bergelut mencari rentak dalam pertemuan pertama mereka itu.

PERSEORANGAN wanita negara Goh Jin Wei aksi menentang perseorangan wanita Thailand Busanan Ongbamrungphan pada Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil hari ini. Goh Jin Wei menang 21-6,16-21, 21-10. Foto: Bernama

Sementara itu, dua perseorangan wanita negara, K. Letshanaa dan pemain profesional Goh Jin Wei berjaya mara ke pusingan kedua.

Letshanaa terpaksa bekerja keras selama 56 minit sebelum menewaskan Amalie Schulz dari Denmark 21-13, 19-21, 21-15.

Perseorangan wanita utama negara itu akan berdepan pilihan ketiga dari Jepun Tomoka Miyazaki yang menewaskan pemain Taiwan Tung Ciou-Tong 21-16, 21-16.

Pemain nombor 32 dunia itu berkata beliau gembira dapat mengatasi tekanan selepas tewas set kedua dan sedia untuk berdepan Miyazaki pada perlawanan seterusnya esok.

Dalam pada itu, pemain bukan pilihan, Jin Wei mengejutkan pilihan keempat dari Thailand Busanan Ongbamrungphan, 21-6, 16-21, 21-10.

Menanti Jin Wei di pusingan seterusnya, Ashmita Chaliha dari India yang menewaskan pemain Indonesia Thalita Ramadhani Wiryawan 21-16, 21-13.

Walau bagaimanapun, harapan untuk melihat seorang lagi pemain Malaysia Wong Ling Ching mara ke pusingan kedua tidak kesampaian selepas dia mensia-siakan kelebihan set pertama sebelum tewas kepada pilihan ketujuh dari Vietnam Nguyen Thuy Linh 21-12, 13-21, 23-25 ​​dalam masa 71 minit.

Malaysia Masters 2026 yang bermula semalam hingga 24 Mei menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak AS$500,000 (RM1.98 juta). – Bernama 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Malaysia Masters: Juara dunia Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.