Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan miliki senjata berbahaya, positif dadah di Samariang
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan miliki senjata berbahaya, positif dadah di Samariang

Utusan Sarawak 2 hours ago
DITAHAN… Dua suspek ditahan polis selepas didapati membawa senjata berbahaya semasa rondaan cegah jenayah di Samariang, semalam. Foto IPD Kuching

PETRA JAYA: Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas didapati memiliki senjata berbahaya semasa rondaan cegah jenayah di sekitar Samariang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek berusia 22 dan 39 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kira-kira 11.00 pagi selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika menaiki motosikal.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap motosikal berkenaan menemukan tiga senjata berbahaya.

“Susulan penemuan itu, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

DITAHAN… Dua suspek ditahan polis selepas didapati membawa senjata berbahaya semasa rondaan cegah jenayah di Samariang, semalam. Foto IPD Kuching

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

“Semakan rekod lampau turut mendapati salah seorang suspek mempunyai tiga rekod kesalahan berkaitan dadah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya di tempat awam tanpa kebenaran atau alasan munasabah.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta dikenakan sebatan.

Kedua-dua suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan sendiri yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Alexson menasihatkan orang ramai agar tidak membawa sebarang senjata berbahaya di tempat awam tanpa alasan munasabah kerana tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PDRM Lawas tahan tiga lelaki dalam kes dadah dan judi
Next: Lelaki disiasat kerana dipercayai membuat laporan polis palsu di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.