Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PDRM Lawas tahan tiga lelaki dalam kes dadah dan judi
  • JENAYAH

PDRM Lawas tahan tiga lelaki dalam kes dadah dan judi

Utusan Sarawak 3 hours ago
TANGKAPAN DI LAWAS…suspek kes dadah dan judi yang berjaya ditangkap di Lawas.

LAWAS: Sepasukan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, tangkapan dilakukan pada 17 Mei 2026 sekitar 3.30 petang di tepi jalan kawasan perumahan di Lawas.

“Pemeriksaan badan terhadap suspek tidak menemui sebarang barang salah atau dadah. Namun, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine (Amp & Meth),” katanya dalam kenyataan hari ini.

BARANG yang dirampas.

Beliau berkata, semakan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam kejadian berasingan pada petang keesokan harinya, di Jalan Banting Lawas, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang juga bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Katanya, pemeriksaan ke atas suspek menemui dua tiub straw berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.50 gram yang dirampas untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Amp & Meth. Semakan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara itu, seorang lelaki warga asing berusia 41 tahun ditahan dalam Op Dadu di sebuah restoran di bandar Lawas pada 17 Mei 2026 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian empat nombor ekor.

Menurutnya, suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan pemeriksaan lanjut pada telefon bimbit menemui aplikasi perjudian.

“Telefon bimbit serta sejumlah wang tunai turut dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Penjawat awam antara dua ditahan dalam operasi dadah di Serian
Next: Dua lelaki ditahan miliki senjata berbahaya, positif dadah di Samariang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.