Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Spaoh tangkap biawak bersembunyi dalam dinding tandas rumah penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Spaoh tangkap biawak bersembunyi dalam dinding tandas rumah penduduk

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA APM Daerah Spaoh berjaya menangkap seekor biawak yang ditemukan bersembunyi di dinding tandas sebuah rumah di Kampung Tengah Serembang. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh berjaya menangkap seekor biawak yang ditemukan bersembunyi di dalam dinding tandas sebuah rumah di Kampung Tengah Serembang, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten Mohammad Noor Ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar 9.55 malam sebelum anggota digerakkan ke lokasi dua minit kemudian.

Menurut beliau, pengadu dikenali sebagai Zulfakar memaklumkan seekor biawak berada di dalam tandas rumah jirannya dan meminta bantuan APM Spaoh untuk menangkap haiwan tersebut demi keselamatan penghuni rumah.

Katanya, sepasukan empat anggota diketuai Sarjan Hasla Deli bersama tiga anggota lain bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD).

“Sebaik tiba di lokasi pada 10.15 malam, anggota menjalankan pemeriksaan di kawasan tandas rumah pengadu sebelum menemui biawak tersebut bersembunyi di dalam dinding tandas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi menangkap reptilia itu dijalankan menggunakan teknik menyepit dengan bantuan peralatan khas yang dibawa oleh anggota bertugas.

Tambahnya, haiwan berkenaan berjaya ditangkap dalam tempoh singkat tanpa sebarang insiden tidak diingini dan operasi selesai sepenuhnya pada 10.18 malam.

Kapten Mohammad Noor turut menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berdepan situasi melibatkan haiwan liar bagi mengelakkan risiko keselamatan terhadap penghuni rumah.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek jalan Serandong-Batang Maro: Komitmen kerjasama berpasukan demi impian rakyat Kalaka
Next: 27 anggota APM Lubok Antu mantapkan kesiapsiagaan melalui latihan bulanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.