Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Soon Huat-Shevon tekad kembali ke RTG
  • SUKAN

Soon Huat-Shevon tekad kembali ke RTG

Utusan Sarawak 2 hours ago
BEREGU campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai bertekad untuk kembali menempatkan diri dalam program Road to Gold (RTG). Foto Badminton Association of Malaysia

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai bertekad untuk kembali menempatkan diri dalam program Road to Gold (RTG).

Bagaimanapun, Shevon berkata bagi edisi RTG kali ini, mereka akan cuba bersaing dengan lebih tenang tanpa meletakkan tekanan berlebihan terhadap diri sendiri sehingga menjejaskan prestasi di gelanggang.

“Sudah pasti kita akan berjuang, tetapi saya rasa kami perlu buktikan di gelanggang. Sebelum ini kami sudah banyak pengalaman apabila terlalu mahukan penyertaan dalam RTG sehingga permainan terganggu disebabkan faktor psikologi dan emosi.

“Melangkah ke hadapan, kami mahu berjuang dengan lebih baik berbanding sebelum ini, tetapi dengan psikologi yang berbeza,” kata Shevon ketika ditemui selepas perlawanan hari ini.

Semalam, Jawatankuasa RTG mengumumkan Goh Soon Huat-Shevon Lai tidak lagi berada dalam program berkenaan selepas pasangan itu gagal memenuhi syarat ditetapkan, iaitu berada dalam kelompok lapan terbaik dunia. 

Terdahulu pada aksi pusingan pertama Malaysia Masters hari ini, pasangan suami isteri itu melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Chen Zhi Yi 21-8, 21-16.

Mengulas perlawanan tersebut, Shevon berkata beliau gembira dengan prestasi yang ditampilkan dan kini bersedia untuk berdepan pasangan Taiwan, Wu Guan Xun–Lee Chia Hsin pada pusingan kedua esok.

“Walaupun ada rekod baik sebelum ini, kita tidak boleh ambil mudah mereka. Kita akan cuba yang terbaik untuk menang perlawanan itu,” katanya.

Sementara itu, hasrat dua lagi pasangan negara, Hoo Pang Ron–Lai Pei Jing dan Cheng Su Yin–Jimmy Wong untuk mara ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila kedua-duanya tersingkir di pusingan pertama.

Pang Ron–Pei Jing tunduk kepada wakil China, Chen Xing–Zhang Chi 21-13, 12-21, 16-21, manakala Su Yin–Jimmy tewas kepada pasangan Denmark, Mathias Christiansen–Alexandra Bøje 21-13, 21-15.

-Bernama 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Chelsea bertemu JDT dalam perlawanan pramusim di SSI Ogos ini
Next: Malaysia Masters: Juara dunia Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.