Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Venezuela bakal bebaskan 300 banduan
  • GLOBAL

Venezuela bakal bebaskan 300 banduan

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

ISTANBUL: Venezuela semalam memaklumkan bahawa pihaknya merancang membebaskan 300 tahanan minggu ini atas dasar kemanusiaan, di luar skop undang-undang pengampunan baharu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ketua Perhimpunan Kebangsaan Jorge Rodriguez mengumumkan keputusan itu semasa satu sesi di bangunan perundangan di ibu negara Caracas.

Rodriguez berkata keputusan itu akan memberi manfaat kepada warga berusia lebih 60 dan 70 tahun, golongan bawah umur, wanita hamil atau menyusukan anak, serta individu yang mempunyai rekod masalah kesihatan.

Beliau berkata langkah itu dibuat berdasarkan kriteria kemanusiaan yang ketat dengan mengambil kira faktor seperti usia dan masalah kesihatan kronik.

Kumpulan pembangkang dan pertubuhan hak asasi manusia berhujah bahawa perbicaraan terhadap tahanan itu tidak adil dan mereka dipenjarakan atas sebab politik.

Minggu lepas, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata Washington akan memastikan pembebasan semua tahanan politik yang masih ditahan di Venezuela.

“Kami akan membawa mereka semua keluar. Seperti yang anda tahu, kami telah membebaskan ramai tahanan politik dan selebihnya juga akan dibebaskan,” kata Trump kepada pemberita. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Polis puji keberanian pengawal keselamatan dalam insiden tembak di masjid AS
Next: Bangladesh akan perkenal sistem penggera kecemasan di fasiliti perubatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.