
BINTULU: Perkhidmatan klinik pakar di Hospital Bintulu akan ditangguhkan sempena Hari Kelepasan Am Hari Gawai dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 3 hingga 4 Jun depan.
Menurut kenyataan hospital berkenaan, penangguhan itu melibatkan semua perkhidmatan Klinik Pakar sepanjang tempoh dua hari tersebut.
Pesakit yang mempunyai janji temu pada tarikh berkenaan diminta menghubungi semula pihak klinik berkaitan bagi proses penjadualan semula rawatan.
Selain itu, pesakit turut disaran menyemak tarikh baharu temu janji masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada hari rawatan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pusat Rawatan Harian atau kaunter jabatan berkaitan.